Dapur

Resepi Kimchi Air Tangan Ibu Orang Malaysia, ‘Sebijik’ Rasa Macam Makan Di Korea!

31
SHARES

Kimchi merupakan makanan tradisional negara Korea, yang kebiasaannya dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan, selain digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak pelbagai jenis hidangan.

Selain itu, kimchi adalah salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan pelbagai jenis bahan. Kimchi juga kaya dengan ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras tajam dan menyengat.

Justeru itu, bagi peminat Drama Korea yang rasa terliur untuk menikmati kimchi yang sentiasa dipamerkan di dalam KDrama bolehlah anda mencuba resepi di bawah dari Puan Aisyah Humaira yang merupakan resepi kimchi dari air tangan ibunya.

Baca juga: Resepi Nuget Nasi, ‘Trick’ Bagi Anak Yang Susah Nak Makan Nasi!

KIMCHI AIR TANGAN ORANG MALAYSIA!

Kimchi dari air tangan ibu yang disayangi. Paling sedap dan kena dengan selera. Masa Zie mengandungkan baby Khalid haritu sampai mengidam lah kimchi umi ni. Alhamdulillah umi terus buatkan.

Ranggup, segar, pedas, masam, masin dan manisnya sempurna sedikit rasa lemak-lemak dari serbuk cili. Pernah beli di pasar raya tak boleh telan banyak. Masam, masin sangat dan terlalu kuat rasa jeruk. Zie kongsi disini resipi kimchi my mom.

RESEPI KIMCHI AIR TANGAN IBU

BAHAN SAYUR:

  • 1 biji kobis panjang pilih yang besar.
  • 1 batang lobok merah- dihiris halus memanjang.
  • 1 tangkai daun bawang.
  • 1 genggam daun kucai.
  • ½ biji sengkuang dihiris nipis memanjang.
  • 1 sudu kecil bijan disangai (optional).
  • Garam kasar secukupnya untuk perap kobis.

BAHAN PES:

  • 4 sudu besar serbuk cili babas atau mengikut pedas disukai.
  • 4 susu besar cili kisar/cili boh.
  • 6 sudu besar cuka makan.
  • 3 sudu besar minyak bijan.
  • Sos ikan secukup rasa.
  • Gula dan garam secukup rasa.

BAHAN KISAR:

  • 1 biji epal fuji.
  • ½ biji buah lai/pear.
  • 2 biji bawang besar.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 1 sudu makan udang kering.

CARA #DAPURLPOLIS:

1. Cuci kobis hingga bersih.

2. Hiris ikut saiz disukai dan tabur garam kasar di setiap helaian kobis.

3. Perap 1 jam, siap perap bilas kobis dengan air sambil tekan-tekan buang air masin dari kobis.

4. Toskan tekan-tekan lagi supaya kering air pada kobis (kalau air banyak nanti kimchi jadi terlalu berkuah).

5. Dalam bekas besar masukkan semua bahan pes dan bahan kisar lalu kacau sebati. Cuba rasa sedikit, pes kimchi mesti rasa pedas-pedas, manis, masin dan masam.

6. Masukkan kobis dalam bekas berisi pes tadi bersama semua bahan sayur diatas dan ratakan pes pada keseluruhan sayur.

Siap! Enak makan yang baru siap. Ranggup-rangup dan boleh jerukkan perap simpan dalam peti.

#kimchidapurpolis #kimchi

Sumber: Facebook Aisyah Humaira via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×