Nasi merupakan makanan ruji di Malaysia, di mana ia adalah makanan utama rakyatnya. Ianya mengandungi sumber karbohidrat yang perlu ada dalam tubuh badan manusia dan sudah menjadi makanan yang perlu ada di rumah untuk dinikmati bersama hidangan lauk-pauk yang lain.
Namun, terdapat juga anak-anak yang kurang gemar ataupun susah hendak makan nasi yang akan membuatkan ibu bapa berasa bimbang kerana si kecil gemar menikmati makanan lain seperti nuget. Justeru itu, apa kata anda guna ‘trick’ ini untuk beri anak makan nasi iaitu resepi nuget nasi yang dikongsikan oleh Puan Farah Zaidi di bawah.
Baca juga: Resepi Sambal Nasi Lemak Pekat Berkilat Dapat Beribu Perkongsian, Macam Tok Buat!
‘TRICK’ NUGET NASI BAGI ANAK YANG SUSAH MAKAN NASI
Nugget Nasi untuk anak-anak yang susah nak makan nasi. Sebelum ni penah buat tapi tak jadi. Jumpa resepi lain, saya olah sikit. Alhamdulillah anak saya suka.
RESEPI NUGGET NASI!
BAHAN-BAHAN:
- Isi ayam.
- Nasi.
- 1 biji telur.
- Lobak merah.
- Daun sup.
- Kobis bunga.
- Satu ulas bawang putih.
- Setengah biji bawang merah.
Blend semua bahan di atas.
- Lada sulah.
- Mushroom seasoning.
- Tepung gandum (untuk mudah bentuk, letak je atas pinggan sikit).
- Serbuk roti.
CARA-CARA:
1. Selepas sudah blend bahan tadi boleh letak lada sulah and mushroom seasoning sedikit. Agak-agak saja. Gaulkan.
2. Sediakan dua bekas. Satu letak 2 biji telur dan satu bekas lagi letak serbuk roti.
3. Bentukkan nugget tadi atas pinggan yang kita letakkan tepung gandum. Golekkan kat tepung tuh supaya mudah nak bentuk.
4. Selepas itu, celup dalam telur dan celup ke dalam serbuk roti.
5. Kukus sekejap dalam 15-20 minit.
6. Sejukkan sekejap. Boleh goreng dalam minyak macam biasa dan yang lebih boleh frozen.