Dapur

Resepi Sambal Nasi Lemak Pekat Berkilat Dapat Beribu Perkongsian, Macam Tok Buat!

123
SHARES

Nasi lemak merupakan sajian yang sangat popular di Malaysia sehingga menjadi pilihan utama rakyat tempatan selain menjadi bualan pelancong yang datang berkunjung ke negara ini. Malah ianya dinikmati tanpa mengira masa, sama ada di waktu sarapan pagi atau minum petang.

Antara bahan utama yang wajib ada di dalam hidangan ini adalah sambal nasi lemak. Kali ini, penulis bawakan resepi sambal nasi lemak dikongsikan oleh Puan Norey yang telah mendapat 3k perkongsian untuk anda cuba.

Baca juga: Resepi Butter Chicken Original Dari India, Boleh ‘Adjust’ Pedas & Cecah Roti!

RESEPI SAMBAL NASI LEMAK PEKAT BERKILAT

Rasa nak makan nasi lemak kebetulan lauk dekat peti kurang. Benda paling senang simple anak-anak suka. Kami pencinta nasi lemak dah lewat breakfast kami sekeluarga.

RESEPI SAMBAL NASI LEMAK!

Resepi sambal untuk 6 orang.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 labu bawang holand.
  • 5 ulas bawang merah.
  • Sedikit halia.
  • Sedikit belacan.
  • Sedikit ikan bilis.

CARA-CARANYA:

1. Blander semua tu.

2. Tumis sampai pecah minyak.

3. Masukkan cili kisar 6 sudu besar.

4. Masukkan gula/nisan, garam, sedikit air asam jawa dan perasa tambahan.

RESEPI NASI LEMAK:

Menjengah di ruangan komen, terdapat juga pengikut yang bertanyakan resepi membuat nasi lemak seperti di bawah. Dah ada sambal dan nasinya jangan lupa pula bahan sampingan yang lain seperti telur rebus, ikan bilis, kacang dan timun.

Tapi kalau anda mahukan ianya lagi sedap, dapat disajikan di atas daun pisang memang lagi menyelerakan. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan santan / 1 kotak kecil.
  • Setengah inci halia.
  • 3 biji bawang merah di mayang.
  • Sedikit minyak masak.
  • Daun pandan.
  • Garam.

Sumber: Facebook Sis Norey Yusof via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×