Famili

Pertama Kali ‘Travel’ Bawa Tiga Anak Kecil, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman & Tips Ke Switzerland!

10
SHARES

Melancong sememangnya aktiviti yang digalakkan dalam Islam. Tidak kiralah bercuti di dalam negara mahupun luar negara kerana setiap daripadanya terselit pelbagai ilmu yang akan diterokai. Antaranya sejarah, budaya, adat, makanan dan pelbagai lagi.

Namun, memilih ‘travel’ bersama anak-anak kecil merupakan sedikit cabaran buat ibu bapa kerana tidak mudah untuk mengawal tindak-tanduk mereka. Justeru itu, mari ikuti perkongsian tips seorang bapa ini yang pergi melancong ke Switzerland dan pertama kali membawa tiga anaknya yang masih kecil.

Baca juga: Nak Travel Ke Jepun? Ini SOP & Saranan Penting Anda Kena Ikut Supaya Perjalanan ‘Smooth’

PERTAMA KALI ‘TRAVEL’ BAWA TIGA ANAK KECIL, LELAKI INI KONGSI PENGALAMAN & TIPS KE SWITZERLAND!

Ni pertama kali aku travel bawa satu family ke luar negara, selalu aku pergi dengan wife dan sekali pergi bawa anak pertama.

Tapi since semua dah besar, aku fikir its right thing to do and bagi mereka explore pengalaman yang tak selalu kita jumpa tempat kita.

TIPS ‘TRAVEL’ BERSAMA ANAK KECIL:

1. PLANNING

Perkara paling penting bila kita nak travel dengan keluarga sebab kita kena fikir flight, route, penginapan, makanan, kenderaan dan juga masa aktiviti.

Ni semua akan mempengaruhi mood sebab kanak kanak bukan tenaga full macam kita kecuali dia jumpa apa dia suka kan.

2. FLIGHT

Jangan sebab nak jimat kita ambil flight connection banyak. Cukuplah 1 flight yang terus sampai ke destinasi kita sebab waktu transit dan juga masa nak tukar flight pun boleh pengaruhi mood.

Macam kami pilih Emirates hari tu, satu sebab tengah promosi dan ni airlines top didunia.

3. KENDERAAN

Dekat Swiss, ada banyak pilihan. STP, Half Fare, Special Passes kalau kita nak travel by public transport. Ada motorhomes kalau kita nak travel lebih adventure, dan juga boleh drive sendiri (mudah sangat).

So fikirkan method mana nak pilih sebab kita tahu anak anak kita macam mana. Aku pilih kereta sebab senang, antara satu tempat ke satu tempat anak-anak boleh tidur kalau penat.

4. ROUTE & AKTIVITI

Ini subjektif bergantung pada apa kita nak capai. Negara yang kita pilih pun berdasarkan apa kita nak tengok kan.

Jadi plotkan mana nak pergi dan apa nak buat guna google map.

Kirakan sekali berapa harga aktiviti yang kita akan bayar dan kalau boleh cuba cari alternatif untuk dapat diskaun.

5. PENGINAPAN

Bergantung juga pada preferable kita. Kalau nak luxury pun ada, nak standard pun ada.

Sebab dekat Swiss ada hotel, motel, AirBnB dan juga campsite. Aku pilih AirBnb sebab aku suka duduk dekat dengan local.

6. MAKANAN

Dekat Swiss memang dah terkenal dengan mahalnya negara ni. Jadi kita tak boleh nak lari lah, tapi kita boleh control perbelanjaan dengan bawa makanan dari Malaysia.

Ada banyak kan sekarang or kita boleh masak kalau tempat kita sewa tu ada kitchen.  Tapi kedai halal tetap ada kalau nak makan luar.

Oh ya bawa botol air, sebab air dekat sana boleh isi mana mana sahaja dan fresh! Macam air Coway .

7. SEASON

Satu lagi benda penting adalah season apa nak pergi. Setiap season ada kelebihan dia dan masa daylight dia.

Winter memang ada salji dan sejuk tapi waktu siang dia pendek. Rugi lah kalau siang pendek sebab nak berjalan pun sekejap je kan.

Jadi pilihlah season yang lebih mesra masa, Autumn or Spring.

8. GO SLOW

Dengan keluarga kita kena go slow. Means kita nak nikmati saat-saat dengan mereka. Budak budak mungkin akan ingat ingat lupa tapi kita tak akan lupa moment dan saat ni dengan mereka.

Jangan nak kejar OOTD sampai lupa masa nak bersama. Tak apa tak ada gambar cun, tapi pengalaman tetap terpahat sampai bila bila.

9. BUDGET

Sesungguhnya travel sendiri lebih jimat dari travel dengan travel agen. Itu je haha.

10. LEARNING

Bila travel anak-anak akan belajar banyak benda. Disiplin, tepati masa, belajar culture baru, belajar hargai banyak benda.

Sebab masa ni, mereka akan tanya banyak soalan sebab mereka lihat benda benda baru. Kalau korang hiking, cuba fikir berapa banyak support motivasi nak bagi supaya sampai di puncak.

Paling penting, enjoy it.

Sekian tips bukan macam tips kan. Where next?

Sumber: Facebook Saizul Hafiz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×