Pada 7 Jun lalu, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida telah mengumumkan pembukaan semula pintu masuk antarabangsa negara itu bermula 10 Jun hari ini. Sudah pasti, ia merupakan berita gembira buat pengembara luar negara yang telah lama berhasrat untuk melancong ke negara tersebut termasuklah dari Malaysia.
Justeru itu, mari ikuti panduan Prosedur Operasi Standard (SOP), nasihat dan saranan yang dikongsikan oleh saudara Wan Wasabi sebelum anda menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu. Jom!
Baca juga: 5 Tips Penting Sebelum ‘Terbang’ Ke Tokyo Disneyland, Lebih Jimat Duit & Tenaga
NAK TRAVEL KE JEPUN? INI SOP & SARANAN PENTING ANDA KENA IKUT SUPAYA PERJALANAN ‘SMOOTH’
Berita separuh baik, Japan Border: Update 7 June 2022
Mulai 10 June 2022, sempadan Jepun (Japan border) akan dibuka semula kepada pelancong asing. Pembukaan ini terhad kepada pengembara yang berada di negara yang disenarai biru oleh kerajaan Jepun, 14 hari sebelum sampai di Jepun.
Malaysia adalah negara disenarai biru.
SOP agak panjang, aku mudahkan di bawah:
SYARAT UTAMA ADALAH…
1. Menggunakan travel agency atau travel service company yang berdaftar di bawah Business Act (Japan). Wajib ada lesen inbound di Jepun.
2. Syarikat pelancongan perlu bertanggungjawab dari saat ketibaan sehingga kepulangan.
3. Itinerari perjalanan mesti telah dipastikan lebih awal. Full confirmed itinerari. Tiada Free & Easy dan wajib ada guide bersama.
4. Visa adalah wajib. Untuk dapatkan visa, syarikat pelancongan di Jepun (yang berdaftar) dan di Malaysia akan membantu anda untuk melengkapkan pendaftaran ERFS. Nanti anda akan dapat ERFS completion certificate (ERFS –> https://entry.hco.mhlw.go.jp/).
Selepas itu barulah syarikat pelancongan di Malaysia boleh hantar passport ke Kedutaan Besar Jepun untuk dapatkan ‘temporary visitor visa/short-term stay for tourism visa’.
5. Sebelum berlepas pelancong wajib berdaftar / didaftarkan di https://www.visitjapan.digital.go.jp/Web/Login –> perlu gunakan option faststrack (ni sepatutnya syarikat pelancongan di Malaysia yang perlu tolong).
6. WAJIB ada insuran perjalanan yang cover semua kos berkaitan jika dijangkiti COVID-19.
SELEPAS KETIBAAN DI JEPUN,
1. Wajib guna Facemask. Kecuali beberapa tempat (seperti Onsen – sewaktu makan di restoran dan lain-lain).
2. Syarikat pelancongan di Jepun wajib menerangkan semua SOP berkaitan, termasuk facemask, tatacara pelancongan,
3. Restoran wajib pre-book dan wajib ada pengasingan tempat duduk (rasanya, ni menjadi cabaran sedikit).
4. Tidak boleh hantar tetamu ke tempat yang ramai orang sewaktu waktu puncak.
5. Jika ada tetamu yang ada simptom, WAJIB diasingkan, ditinggalkan dari kumpulan dan dihantar untuk check up — jadi syarikat pelancongan di Jepun perlu ada satu pasukan khas untuk ambil alih tetamu seperti ini.
6. Jika berlaku jangkitan, semua kos perlu ditanggung oleh syarikat pelancongan, jika kos meningkat, syarikat pelancongan wajib tanggung lebihan jika tetamu tidak boleh bayar.
7. Jika berlaku sebarang jangkitan dalam masa seminggu selepas pulang dari trip, wajib dilaporkan ke pihak Jepun.
TIDAK DITERANGKAN:
1. Tatacara penggunaan public transport seperti Shinkansen.
2. Berapa lama Visa boleh dapat.
3. Boleh atau tidak pergi ke Theme Park. (Kalau tak sebut tu boleh la kan?)
4. Aktiviti yang membabitkan banyak interaksi dengan orang tempatan; contoh pertukaran pelajar.
NASIHAT KERAS:
Jika anda beli pakej ke Jepun dan travel agensi anda,
1. Tiada hubungan dengan travel agensi berdaftar di Jepun.
2. Tidak menguruskan hal ERFS, Visa dan Visit Japan.
3. Tidak memberi nasihat asas seperti di atas (termasuk hal travel insurance).
4. Tiada itinerari lengkap – banyak free & easy.
5. Tidak mampu baca link di bawah ni.
6. Sedangkan dekat Malaysia pun tidak berpayung dengan mana-mana agensi berdaftar.
TOLONG BATALKAN TRIP ANDA.
Untuk local travel agent yang nak link dengan Japan licensed travel agent. Contact abang.
Reference:
https://www.mofa.go.jp/ca/fna/page22e_000921.html
https://www.mlit.go.jp/kankocho/page03_000076.html
https://www.mlit.go.jp/kankocho/news03_000226.html
https://www.mlit.go.jp/kankocho/content/001485024.pdf
https://www.mlit.go.jp/kankocho/content/001485010.pdf
Sumber: Facebook Wan Wasabi / Berita Harian Online