Famili

5 Tips Penting Sebelum ‘Terbang’ Ke Tokyo Disneyland, Lebih Jimat Duit & Tenaga

18
SHARES

Disneyland merupakan sebuah taman tema terkenal dunia yang didirikan di beberapa tempat di dunia termasuk di Tokyo, Jepun. Di dalam Tokyo Disneyland mempunyai pelbagai daya tarikan dan 7 tema iaitu World Bazaar, Adventureland, Westernland, Fantasyland, Tomorrowland, Critter Country dan Toontown.

Jika anda belum menjejakkan kaki ke Tokyo Disneyland dan berhajat untuk datang bermain di sana, mari ikuti pengalaman yang dikongsikan oleh Zunita Ramli seorang rakyat Malaysia yang menetap di negara matahari terbit itu.

Bila negara Jepun dah buka sempadan negaranya nanti, bolehlah terus pergi!

Baca juga: Ini Cara Nak Masuk Thailand Guna Border Pass, Tak Rumit!

5 TIPS PENTING SEBELUM ‘TERBANG’ KE TOKYO DISNEYLAND, LEBIH JIMAT DUIT & TENAGA

Pertama sekali, macam biasa bukti kita ke Disneyland. Sat lagi orang cakap sembang kencang pulak. Hm

Dengan ura-ura Jepun nak buka border Jun ni untuk negara G7, mungkin ada yang dah bersiap-sedia untuk datang ke Jepun. Jadi saya nak kongsikan sikit tips kalau ada yang merancang untuk pergi ke Disneyland nanti.

Tapi mungkin ada yang tertanya-tanya, awat nak pergi Disneyland sampai nak kena ada tips pulak?

Haa.. Disneyland bukan sebarang Disneyland, Tokyo Disneyland ni memang lain macam sikit eh. Haha.

Sebelum pandemik dulu, crowd Tokyo Disneyland memang sangat-sangat ramai. Waiting time (waktu beratur) untuk satu-satu permainan je boleh cecah sampai 3 jam! Bayangkan beratur sampai 3 jam, main tak sampai 10 minit. Sebab tu kalau tak rancang betul-betul memang akan bazir masa, tenaga dan duit.

TIPS MERANCANG KE TOKYO DISNEYLAND!

1. RANCANG PERMAINAN LEBIH AWAL

Secara purata, kita hanya boleh main 7-8 permainan saja satu hari, untuk crowd biasa. Disneyland ada 39 jenis permainan, pilih 8 saja, jangan tamak.

2. PRINT MAP DISNEYLAND

Untuk rancang, sangat membantu untuk kita print map Disneyland ni. Tak nak print pun tak apa, boleh je refer kat website dia, tapi bagi saya kalau print lagi mudah nak plan, sebab boleh conteng-conteng. Hehe.

3. AMBIL PERHATIAN MASA & SHOW PARADE

Bahagia tengok waiting time 20 min. Biasa mahu 80 min ni hehe.

Dalam Tokyo Disneyland biasanya ada 4 kali show dalam satu hari. Kena tengok pukul berapa show tu. Rugi kalau terlepas show ni sebab semua show tu lain-lain dan memang best.

4. BAWA BEKALAN

Ni mungkin ramai terlepas pandang. Bawa makanan, air, power bank dan tempat alas duduk. Seharian dalam Disneyland tu memang lapar, makanan pun banyak tak boleh makan (as muslim) & kalau ada pun, mahal.

Tempat alas duduk tu untuk alas masa tengok show, takde la duduk atas jalan. Hehe.

5. DOWNLOAD APLIKASI TOKYO DISNEYLAND

Last sekali, download app Tokyo Disneyland.

Ni dari apps Tokyo Disneyland. Boleh tengok waiting time live. Make sure download dulu sebelum pergi.

Ni sangat lah penting & sangat membantu. App Tokyo Disneyland ni boleh beritahu real time masa beratur untuk satu-satu permainan. Jadi senang nak tengok permainan mana yang pendek masa menunggu.

App ni juga penting untuk kita dapatkan “entry request” dan “standby pass”. Apa tu dua benda ni? Saya jelaskan di bahagian komen dan gambar terakhir.

Ni pulak standby pass & entry request dalam app tu. Kena guna app baru boleh request.

“ENTRY REQUEST” & “STANDBY PASS”

  • Entry request ni macam “tiket” untuk kita masuk show & ambil gambar dengan character Disney. Entry request ni terhad, siapa cepat dia dapat.
  • Standby pass ni pulak, macam VIP pass. Boleh cut queue kalau ada. Standby pass ni pun terhad, siapa cepat dia dapat.

Menariknya, “Entry request” & “standby pass” kena request guna app Tokyo Disneyland je DAN hanya boleh request bila kita dah berada dalam kawasan Tokyo Disneyland. Bermakna, siapa yang sampai lambat ke Tokyo Disneyland, jangan mimpi boleh dapat “Entry request” & “standby pass” ni naaa. It’s a tough game  

DISARANKAN AMBIL PAKEJ SATU HARI & DATANG PADA MUSIM BUNGA ATAU LURUH

Bagi saya, kalau pertama kali nak datang ke Disneyland, ambil pakej satu hari terus. Elakkan ambil pakej separuh hari, itu apa punnn tak boleh. Dan kalau boleh datang waktu musim bunga atau luruh, weather just nice je waktu ni.

Apa pun,

Harap Jepun cepat-cepat bukak border untuk pelancong terutama dari Malaysia. And that, nihon e yokoso.

JOM MENYELUSURI TOKYO DISNEYLAND!

Signature Tokyo Disneyland – Istana Cinderella / Gambar: Tokyo Disneyland website.

Ni Thunder Mountain or roller coaster lah senang cerita. Ok la tapi takde la ekstrem pun. Sis naik 4 kali semalam sebab takde orang sangat huhu / Gambar: Tokyo Disneyland website.

Pooh Honey Hunt. Pun best yang ni / Gambar: Tokyo Disneyland website.

Beauty & the Beast castle dah bukakkkk. Besttt! / Gambar: Tokyo Disneyland website.

Beauty & The Beast baru bukak castle dia. Best juga.

It’s a small world. Bagus untuk budak-budak ni. Jalan-jalan satu dunia, tapi in a way macam creepy jugak la patung-patung dalam ni hehe / Gambar: Tokyo Disneyland website.

Gambar: Klook.

Gambar: Tokyo Disneyland website.

Alice in Wonderland / Gambar: Tokyo Disneyland website.

Sumber: Facebook Zunita Ramli / Tokyo Disneyland

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×