Percutian

Ini Cara Nak Masuk Thailand Guna Border Pass, Tak Rumit!

53
SHARES

CARA NAK MASUK THAILAND 2022

Thailand merupakan antara destinasi pilihan orang ramai. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal berhampiran seperti di Perlis, Kedan dan Kelantan.

Bagi anda warganegara Malaysia yang berasal dari Perlis, Kedah, Kelantan dan Hulu Perak, anda boleh menggunakan border pass untuk memasuki Thailand. Nak tahu macam mana? Ikuti cara yang dikongsi oleh pengguna Facebook di bawah. Boleh la melancong bersama keluarga!

Baca juga: Rupanya Ada Campsite Murah Di Cameron Highlands, Macam Percutian Hotel 5 Bintang!

CARA NAK MASUK THAILAND GUNA BORDER PASS, TAK RUMIT

Ramai yang tanya aku macam mana cara nak masuk Thailand sekarang ni selepas Kerajaan kita dan diorang dah buka pintu sempadan ni. So sini aku kongsi sikit macam mana cara dia.

Bagi pemegang Pas Sempadan border pass korang boleh masuk macam biasa korang duk masuk sebelum-sebelum ni. Kalau korang bawak transport sendiri korang kena beli insurance untuk transport korang tu.

Macam aku bawak kereta sendiri jadi aku beli insurance kereta untuk 5 hari berharga RM28. Then korang kena isi white card tu 1 nama RM2, kalau 5 beranak RM10 lah.

Aku masuk ikut pintu sempadan Padang Besar, sebab tak sibuk sangat macam pintu Bukit Kayu Hitam. Sampai di imigresen kita dia tanya nak pi mana sahaja then dia cop macam biasa. Maximum untuk border pass 3 hari dan sampai Hatyai sahaja.

Peringatan: pastikan korang buat line telefon korang roaming atau beli sim kad Thailand. Sebab selepas check point malaysia korang akan lalu check point Thailand pulak.

Dekat sini perlukan internet yang kuat untuk korang scan QRcode yang diorang sediakan untuk korang register dengan health declaration Thailand. Selesai health declaration baru korang akan cop border pass untuk side sebelah Thailand.

Settle bab border pass, lepas tu sambung plak untuk transport declaration. Bagi sesiapa kenderaan atas nama sendiri korang just bawak geran asal/salinan jer. Kalau kenderaan atas nama orang lain kena ada surat authorization dari owner kenderaan. Then selesai. Selamat bercuti!

P/s: Kelayakkan memohon border pass adalah untuk warganegara Malaysia yang berasal dari Perlis,Kedah,Kelantan dan Hulu Perak sahaja.

Manakala untuk warganegara Malaysia yang lain masih perlukan Pasport Malaysia Antarabangsa untuk ke sana, boleh rujuk disini.

Sumber: Facebook Khairul Azlan Abd Majid 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×