Percutian

Rupanya Ada Campsite Murah Di Cameron Highlands, Macam Percutian Hotel 5 Bintang!

2.1K
SHARES

Biasanya kalau ke tanah tinggi Cameron Highlands mesti tidur di resort atau hotel kan? Tapi kalau musim cuti sekolah ni memang penuh la jawabnya semua tempat penginapan yang ada di sana kerana orang ramai sudah mula mahu bercuti bersama keluarga sambil menikmati angin sejuk dan teh panas.

Apa kata percutian akan datang anda cuba sesuatu yang lain iaitu tidur dalam khemah. Haa mesti seronok kan? Harganya pun murah sahaja iaitu RM26 untuk dua orang. Memang berbaloi-baloi. Ikuti perkongsia saudari Daten Gweng di bawah.

Baca juga: Nak Pergi Cameron Highlands Flora Park? Ini Perkara Wajib Tahu!

Baca juga: Nak Bercuti Ke Cameron Highlands? Ini Senarai Tempat Wajib Singgah

RUPANYA ADA CAMPSITE MURAH DI CAMERON HIGHLANDS

Bercuti 5 bintang di Cameron Highland dengan kos penginapan rm26 sahaja berdua. Selalu check in hotel, kali ni check in khemah, khemah sendiri.

– Jalan ke campsite

Khemah di set up seringkas mungkin namun tetap pentingkan keselesaan tulang belakang dan keselesaan mata memandang juga.

– Kami pakai tilam angin.

Tempat camping: Sungai Pauh Campsite

Kos: Rm10 perpax (kena booking melalui web jabatan perhutanan pahang)

Kos entry: RM3

Tandas bersih yang amat. Bilik air pun.

Ramai solat kat khemah masing masing tapi kami solat kat surau berjemaah berdua. Surau pun bersih.

Day 1:

Jalan kaki melalui jambatan gantung kecil ke Opah Strawberry Taman Sedia. Makan nasi lemak strawberry. Sedap tau nasi lemak. Ayam crispy sangat.

Sizzling yee mee pun sedap kat sini. Scones. Nak makan pizza dapur kayu pun ada. Pendek kata tak payah masak. Banyak kedai makan.

Jangan lupa cari strawberry putih..kak gweng suka. Tak masam, lebih manis. Cari buah yang besar besar ya.

cameron highlands

Day 2:

Breakfast kat Abang Strawberry. Nasi lemak dan mee kari.

cameron highlands

Malam malam sejuk 17c kena pakai setokin tebal. Renger Hutan bagitau semalam bertuah. Tak hujan. Cuaca cerah. Orang pun tak ramai kat cameron.

cameron highlands

Sumber: Facebook Daten Gweng

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×