Seperti biasa tanah tinggi Cameron Highlands sentiasa menjadi destinasi tumpuan orang ramai untuk bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga. Selain ladang teh yang menjadi tumpuan dan tarikan utama, ada satu tempat baharu iaitu Cameron Highlands Flora Park. Di sini terdapat ratusan bunga-bunga cantik dan sesuai dijadikan tempat bergambar bersama keluarga atau rakan-rakan.
Jadi, sebelum anda semua serbu tempat ni, ini antara perkara wajib tahu. Baru senang nak jalan dan perjalanan lebih mudah serta teratur.
Baca juga: Nak Bercuti Ke Cameron Highlands? Ini Senarai Tempat Wajib Singgah
Ini yang korang perlu tahu tentang Cameron Highlands Flora Park sebelum naik. Tadi kita tengok ada yang dah pergi. Lawa-lawa gambar dia. Apa lagi, terus saya tengok harga dekat website dia. Maklumlah, pantang betul tengok view lawa-lawa ni.
Sebelum cakap pasal pakej, rupanya dia ada limit masa. Mungkin untuk lebih privasi tak bersesak kan. So kita ada dua pilihan masa.
2 jam setiap slot:
- 10am hingga 12pm
- 2pm hingga 4pm
Jom tengok pakej yang ditawarkan. Ada 3 pakej:
1. SWEET & SIMPLE
Harga: RM288 untuk 2 orang dewasa
Jika ada penambahan akan dikenakan caj RM100 setiap penambahan orang dewasa. Limit boleh tambah 4 orang. Sebab maximum hanya 6 orang sahaja.
2. FAMILY GARDEN
Harga: RM238 untuk seorang dewasa dan seorang kanak-kanak yang berumur 4 hingga 12 tahun
Jika ada penambahan akan dikenakan caj RM40 untuk kanak-kanak dan RM80 untuk dewasa. Limit boleh tambah 4 orang, sebab maximum hanya 6 orang sahaja.
3. DREAM LUXURY GARDEN
Harga: RM488 untuk 4 orang
Yang pakej ni tak pasti boleh buat penambahan atau tidak. Sebab tak nampak details tentang penambahan atau saya terlepas pandang.
Jadi, dah boleh pilih dan rancang betul-betul. Baru puas nak bergambar. Selamat bercuti!
Sumber: Viral Perak