Umum mengetahui, Cameron Highlands merupakan salah satu lokasi popular di dalam sektor pelancongan di negara ini. Ia juga terkenal sebagai tempat sejuk di Malaysia di bahagian semenanjung negara.
Biarpun anda telah bercuti ke sana berkali-kali atau mungkin belum pernah menjejakkan kaki, namun, masih banyak lagi tips dan lokasi menarik yang mungkin belum diketahui. Justeru itu, penulis menggabungkan pelbagai info hantaran yang ditulis oleh beberapa orang warga maya untuk manfaat anda semua.
Baca juga: Anak Mesti Teruja Ronda KL Naik Bas 2 Tingkat Tanpa Atap, Ini Panduan Trip Siang & Malam!
TEMPAT SEJUK DI MALAYSIA CAMERON HIGHLANDS
TIPS PENTING KE CAMERON HIGHLANDS
Dari tempat bertolak
Pastikan bertolak awal okey! Sesudah Subuh harap dah start enjin lambat pasti jalan raya akan sesak.
- Anda yang mana dari KL boleh ikut Tapah.
- Dari Penang ikut Simpang Pulai.
Info tempat-tempat menarik di Cameron Highlands
- Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (Isnin cuti)
- KEA Farm 8.30am-6pm
- KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
- Ladang Anggur Bertam Valley 9am-5pm (bulan 12 baru musim anggur)
- Taman Abang Steamboat & Grill
- Pasar Malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari Jumaat, Sabtu dan hari-hari dibuka untuk cuti sekolah)
- Penginapan: Salah satunya Golden Hill Resort Cameron Highlands (jalan kaki je pergi pasar malam)
Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan
Kenapa?
- Harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal
- Sukar untuk dapat parking kereta
- Kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal
- Kurang privasi
Baca juga: Elak Maraton Di KLIA! Ini Panduan ‘1st Time’ Naik Kapal Terbang, Ada 10 Proses Sebelum Berlepas
Tempat membeli buah tangan yang murah
Jika anda mahu membeli buah, sayur, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ.
Di sini, berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.
- Boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10.
- Boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak (kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat). Saya pernah membeli 20 kotak teh uncang dengan RM100 serta mendapat strawberi white coffe sekotak dengan percuma.
- Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.
Kedai nasi berlauk sedap dan harga memuaskan
Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap dan harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata.
Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.
Pilih hotel di sekitar Tanah Rata
Cari hotel di sekitar Tanah Rata, berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Parking kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu.
Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.
Baca juga: Bandar Quanzhou Di China Kaya Elemen Malaysia, Ramai Teruja Seakan ‘Mini Melaka’!
Tempat menarik berdekatan Kea Garden Guesthouse Cameron Highlands
Rasa berbaloi sangat menginap di sini, Kea Garden Guesthouse Cameron Highlands. Pertama kali datang sini tapi rasa tak puas. Semua dekat sekitar ini saja.
- Nak petik strawberi, nak steamboat dengan restoran biasa pun ada sekali dengan indoor game untuk budak-budak, semuanya kawasan depan bilik.
- Jalan kaki sikit ke belakang, ada pasar pagi Kea Market dan lepas itu tempat kambing biri-biri.
- 400m dari Kea garden, ada Kea Farm dengan Rose Center.
- Depan Kea Market pun ada market baru juga.
- Tempat parking pun ada khas dekat bawah.
Nak datang Cameron, datanglah masa bukan cuti sekolah. Tenang aman damai dan murah sikit.
Kalau datang sini masa cuti, mungkin tak aman sangatlah kan. Kedudukan tempat ini macam dekat tengah-tengah antara Brinchang dengan Tanah Rata.
Malam-malam masa anak-anak tidur, boleh dating dengan suami dekat depan bilik sambil minum teh panas dan menikmati kesejukan malam.
Booking klik sini.
Baca juga: Baca Doa Ini Bila Singgah Sekejap Mana-Mana Tempat, Nescaya Selamat!
HARGA & PERINCIAN LOKASI MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS
Ladang teh
- Bharat Valley Tea House
- Bharat Valley Tea House 2 (lagi besar)
- Ladang Teh Boh Sungai Palas
- Boh Tea Garden
- Masuk percuma
- Buka 9.00am- 4.30pm
- Nikmati tea, kek dan pencuci mulut
Tempat menarik yang PERCUMA
- YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu): 8.30 pagi – 6 petang
- KHM Strawberry and Jem: 8.30 pagi – 6 petang
- Cactus point: 9 pagi – 6 petang
- Big Red Strawberry Farm: 8 pagi – 6 petang
- Ladang Lebah: 8 pagi – 7 malam
- Ladang Anggur Bertam Valley: 9 pagi – 5 petang
- Kea Farm: 8.30 pagi – 6 petang
- Pasar Malam Brinchang: (Jumaat dan Sabtu)
Tempat menarik yang BERBAYAR
- Taman Agroteknologi MARDI: Dewasa RM5, Kids RM3 (8.45 pagi – 5 petang)
- Lavender Garden: Dewasa RM10, Kids RM7 (9 pagi – 6 petang)
- Butterfly Garden: Dewasa RM7, Kids RM5 (9 pagi – 6 petang)
- Orkid and Rose Garden: Dewasa RM8, Kids RM6 (9 pagi – 6 petang)
- Highland Steamboat Cheese: Dewasa RM35, Kids RM20 (5 petang – 12 malam)
- The Stone Valley Steamboat: Dewasa RM35, Kids RM18 (5 petang – 12 malam)
Baca juga: Moh Ler Bercuti Di Pulau Pangkor, Ini 5 Tips Mudah Supaya Boleh Datang Tiap-Tiap Tahun!
Makanan yang wajib cuba
- Aiskrim Malaysia Strawberry
- Aiskrim Strawberry
- Scone
- Strawberry coklat
- Nasi Lemak Sambal strawberry
- Sayuran goreng
- Steamboat cheese highlands
- Jagung mutiara rebus
- Ubi rebus
Ole-oleh wajib beli
- Strawberi
- Jambu epal (merah dan hijau)
- Sayuran segar (10 sayur RM10)
- Buah-buahan Kering
- Coklat buah-buahan
- Kordial buah-buahan
Info suhu di Cameron Highlands
- Pagi – 17*C
- Siang – 24-26*C
- Malam – 18*C
Baca juga: 7 Tips TRAVEL SOLO Buat Wanita, Perkara Do & Don’t Anda Perlu Patuh!
Sumber: Tempat Viral Malaysia
Kredit gambar: Siti Hajar / Basrom Nizam / Syafiq Syakri & Eddy Rusdi