Famili

Wanita Kongsi Pengalaman & Tips Perjalanan Naik Sleeper Train Dari KL Sentral

265
SHARES

Sekiranya anda belum menggunakan perkhidmatan ‘sleeper train’ yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk menjelajahi beberapa kawasan menarik yang ada di Malaysia, anda kena cuba! Nama rasmi keretapi ini adalah Ekspres Rakyat Timuran atau dikenali juga sebagai “jungle train”.

Sebagaimana pengalaman menarik yang telah dikongsikan oleh saudari Dayana Mukhayadi di bawah. Bermula sebelum perjalanan seperti cara membeli tiket, tips memilih koc dan katil hinggalah destinasi-destinasi menarik yang ada sepanjang perjalanan turut diceritakan. Jom baca!

Baca juga: 26 Senarai Tempat Menarik Percuma Di Pulau Pinang, Boleh Bawa Anak Bercuti!

PERJALANAN DARI KL SENTRAL – GEMAS – WAKAF BHARU – KOTA BHARU – KL

Boleh bawa anak-anak dan kaki pengembara.

Aku selalu berangan nak pergi oversea solo trip. Tapi itu lah aku ni pun sejenis penakut juga, jadi aku postpone kan je dulu angan-angan aku tu.

Aku fikir better aku try dekat dalam Malaysia dulu. Jadi aku plan nak naik “sleeper train” ke Kelantan sebagai permulaan. Tapi tetiba plot twist, kawan-kawan aku tetiba eh jom lah kita pergi sekali, maka solo trip aku ni cancel dan terus jadi trip berempat lebih baik.

Kami berempat memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL. Tujuan utama trip ni memang hanya untuk merasa pengalaman naik “sleeper train” selama 13 jam sambil JJCM (jalan-jalan cari makan) dekat Kota Bharu. Very short trip with very different experience.

Untuk pengetahuan korang, nama rasmi train ni adalah Ekspres Rakyat Timuran atau nama glamer lain dikenali juga sebagai “jungle train”.

TIPS & TRICKS TRIP NAIK SLEEPER TRAIN

Ini sedikit tips dan tricks yang mungkin boleh menjadi rujukan kengkawan yang plan untuk experience “sleeper train” ni:

1. BELI TIKET SLEEPER TRAIN

Mula-mula kena beli tiket “sleeper train” dulu melalui apps KTMB.

2. PILIH KOC

Untuk nak rasa tidur atas katil dalam train, kena pilih koc berkatil: Koc T6-T8. Kami pilih Koc 8, koc paling hujung. Dia ada koc seat duduk biasa jugak, Koc T1-T3.

Kenapa better pilih koc 8, penumpang lain tak lalu-lalang untuk ke cafe di Koc 5 dan ia yang paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 ni paling depan sekali, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.

3. PILIH KATIL & HARGA

Better elakkan ambil katil depan sekali jugak sebab besi yang connect in between koc tu boleh tahan bising.

Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah. Nombor ganjil adalah katil atas.  No katil kami T26, T28, T30, T32, semua dapat katil bawah dan kedudukannya di tengah-tengah koc.

Harga katil/berth atas RM40, katil/berth bawah RM46.

Sila pilih katil bawah sebab ruang tingkap untuk kita feeling-feeling lebih luas dan panjang dari katil atas. Dekat katil tak ada plug point, jadi jangan lupa standby fully charged power bank.

4. BELI TIKET ETS KE GEMAS

Dah settle beli tiket “sleeper train” ni baru kami beli tiket nak ke Gemas. Senang naik ETS je dari KL Sentral. Tiket pun beli melalui apps KTMB dengan harga RM 30.

Kami naik dari KL Sentral 9.40 malam dan sampai di Gemas 12.10 pagi. “Sleeper train” ni akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya.

Gap in between tunggu “sleeper train” sampai dari JB, kita boleh naik dan tunggu di ruang menunggu tingkat atas Stesen Keretapi Gemas. Siap ada toilet dan surau.

KEADAAN DALAM SLEEPER TRAIN

Bila train tu dah sampai apa lagi excited lah memasingkan jakun naik katil atas train. Katil dia selesa je, ada langsir, ada satu bantal dan selimut. Cuma kalau risau gatal-gatal atau tak selesa, better bawa kain extra untuk cover tilam dan bantal.

Suhu aircond dalam keretapi ni pun just nice, tak sejuk sangat dan tak panas sangat. Tak payah pakai sweater pun tak apa.

Lepas dah letak beg, kami pun apalagi, pergi ke cafe kat Koc 5. Wajib ya check in sini, makanan dan air dia semua sedap-sedap, kena tekak kami. Makan megi sup RM 6 semangkuk masak panas-panas oiii pukul 2 pagi, fuhh memang syahdu.

Selain megi sup, ada nasik/bihun/megi goreng panas-panas, tengok apa yang available masa korang sampai. Sebab dapur dia ada satu je, so dia masak ikut batch. Tapi digalakkan korang spare makanan/minuman lain jugak takut lambat dan ramai orang.

PEMANDANGAN SEPANJANG PERJALANAN

The main part of the trip adalah view sepanjang perjalanan, train ni akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik pemandangan dia. Jadi jangan tidur selepas Subuh, time ni lah nak enjoy the view. Malam memang dah tak nampak apa.

Kalau bernasib baik, boleh nampak Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong. Lain-lain view boleh nampak suasana berkabus, bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia (jambatan Guilemard).

  • Stesen Kuala Lipis (sekitar 6 pagi).
  • Gua Musang (sekitar 8 pagi).
  • Jambatan Guillemard (sekitar 11 pagi).
  • Di kawasan Dabong, banyak terowong dan sungai yang akan dilalui.

* Tapi timing ni bergantung kepada jadual perjalanan keretapi. Masa kami naik ni train ada sedikit delay dan tak dapat berhenti lama di Stesen Gua Musang.

STESEN UNTUK DIJELAJAHI

Paling ramai geng backpackers akan turun dekat Stesen Merapoh untuk ke Taman Negara dan Stesen Dabong untuk explore nature di Jelawang dan Gunung Stong.

Stesen Gua Musang wajib turun untuk ambil gambar dengan kepala keretapi dan boleh turun beli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.

Dengar ura-ura yang train 13 jam ke Kelantan ni pun akan ditamatkan operasinya tapi taktau bila. Jadi if kengkawan nak rasa this “once in lifetime experience”, kena experience it asap. Kalau tanya aku, best memang best tapi cukup lah sekali seumur hidup aku dah merasa unless aku kawen nanti laki aku ajak repeat.

Tapi sebenarnya rasa sayang, ni antara khazanah Malaysia yang boleh ditambahbaik lagi untuk tarik lebih banyak pelancong tapi macam sepi je alahai.

TANDAS

Last but not least, toilet dia takda lah seselesa toilet kat rumah, jadi korang kena make sure kalau boleh jangan sakit perut ya bila naik train ni ok haha. Enjoy!

Artikel asal : dayanamukhayadi

Sumber: Facebook Negeri Sembilan Kini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×