Dalam sebuah perjalanan, pastinya akan ada persinggahan. Tidak kira, sama ada anda berjalan jauh atau berjalan dekat sahaja. Melalui perkongsian akaun Tiktok @mfazzy, terdapat satu doa pelindung diri yang pendek boleh diamalkan, biarpun anda hanya singgah sebentar sahaja di sesuatu tempat itu.
Video tersebut memaparkan doa pelindung diri yang dikongsikan oleh Ustaz Wadi Annuar dalam satu ceramahnya. Mari baca!
Baca juga: HARAM Lelaki Lain Pinang Wanita Dalam Iddah, Ibarat Ajak Isteri Orang Nikah!
DOA PELINDUNG DIRI
“Nabi ajar bila pergi mana-mana tempat kita singgah…dewan ini, homestay, hotel, R&R. Mana-mana tempat yang kita pergi, kita singgah tak lama sehari ke 2 jam ke 3 hari ke.
“Sampai sahaja tempat tersebut, Nabi suruh sebut: أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقْ ,” ujar ustaz Wadi Annuar.
Beliau berkata lagi, Nabi Muhammad SAW telah memberi jaminan bahawa seseorang itu tidak akan terkena apa-apa mudarat sehinggalah dia meninggalkan tempat tersebut.
Baca juga: Lafaz ‘Bismillah’ Jadi Zikir Bibir Di Setiap Perbuatan, Ini 5 Manfaat Bila Amalkan!
Doa ini berdasarkan beberapa buah hadis
Melalui portal Maktabah Al-Bakri, doa ini berdasarkan beberapa buah hadis. Di mana, dalam satu riwayat ada menyebut bahawa sesiapa yang mengamalkannya, maka dia akan diberi keselamatan sepanjang berada di sesuatu tempat itu.
Ia diriwayatkan daripada Khaulah binti Hakim al-Sulamiyyah R.Anha, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda.
مَنْ نَزَلَ مَنْزِلاً ثُمَّ قَالَ : أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ، لَمْ يَضُرُّهُ شَىْءٌ حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ
Maksudnya: “Barangsiapa yang singgah pada suatu tempat, kemudian mengucapkan:
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقْ
“(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta), segala sesuatu tidak akan memberi mudarat padanya, sehinggalah dia meninggalkan tempat tersebut.” Riwayat Muslim (7053)
Baca juga: Kisah Sejarah Hebat 6 Tiang Raudhah Dalam Masjid Nabawi, Ramai Yang Belum Tahu Rupanya…
Imam al-Nawawi berkata:
Ungkapan Rasulullah SAW “أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ” (Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna), bermaksud kalimat yang tidak mengandungi kekurangan atau cela, atau maksudnya yang bermanfaat dan menyembuhkan, atau makna lain yang dimaksudkan dengan kalimat di sini adalah al-Quran. Wallahu a’lam. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 17/31)
Baca juga: Tular Kaedah Ruqyah Rendam Kertas Ayat Suci Al-Quran & Diminum, Mufti Jelaskan Hukumnya!
Sumber: Tiktok @mfazzy / Maktabah Al-Bakri
FT Image: Tiktok @mfazzy / Google