Famili

Gara-Gara Lupa Basuh & Terus Pakai Baju Bundle, Setiap Malam ‘Ditindih’…Badan Rasa Panas!

2
SHARES
baju bundle

Membeli dan memborong baju bundle atau baju terpakai yang masih berkualiti ini sudah menjadi ‘trend’ terutamanya dalam kalangan anak muda. Mana tidaknya, anda boleh dapat barang- barang berjenama dengan harga yang lebih murah hanya kerana pernah digunakan beberapa kali oleh ‘tuan’ yang lepas.

Namun, berhati-hati dalam membeli barang terpakai ini kerana ada yang pernah mengalami pengalaman seram terkena gangguan makhluk halus. Berikut merupakan nasihat penting dititipkan oleh perawat perubatan tradisional Islam sekiranya anda sering membeli barang terpakai.

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

GARA-GARA KERAP BELI BAJU BUNDLE, ‘TERKENA’ GANGGUAN MAKHLUK HALUS!

baju bundle

Foto: Berita Harian

Tular di laman media sosial Tiktok apabila seorang perawat perubatan Islam berkongsikan video merawat pesakit yang dirasuk makhluk halus. Hal ini kerana, pesakit tersebut peminat pakaian terpakai dan hampir setiap minggu akan membeli baju-baju terpakai atau ‘bundle’ kerana harganya yang murah.

Namun, minat ini bertukar derita apabila dia terlupa untuk membasuh terlebih dahulu pakaian yang dibeli dan menyebabkan kulit naik gatal-gatal. Bukan itu sahaja, badan pesakit juga secara tiba-tiba menjadi panas dan menyeramkan adalah, setiap malam dia akan rasa dirinya ditindih ketika tidur.

Disebabkan kes sebeginilah yang menyebabkan setiap perawat mengingatkan bahawa kalau sering membeli pakaian terpakai, WAJIB untuk mencuci dengan bersih dan keringkan pakaian itu dahulu sebelum memakainya seperti biasa. Nasib baik kepada pesakit tersebut adalah dia datang mendapatkan rawatan dengan cepat sebelum keadaan melarat dengan lebih teruk.

“DAH BASUH PUN KENA KACAU”

@farhan_almustakim Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan pakaian ini dan kebaikan sesuatu yang di dalamnya, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukan pakaian ini dan keburukan sesuatu yang ada di dalamnya.#farhanalmustakim #rawatanislam #gangguan #johor #kampungmelayumajidee #singapore #kl #gombak #foryour #gangguanpakaianterpakai #doa ♬ original sound – SYAMEL AMZAH

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga dalam kalangan netizen yang berkongsikan pengalaman masing-masing kerana kerap juga membeli pakaian bundle. Bukannya apa, banyak juga barangan bundle atau terpakai ini masih berkualiti dan boleh didapati dalam harga yang sangat berpatutan. Antara kisah seram yang dialami adalah:

“Husband saya tak pernah beli bundle, tapi hari tu kami jalan dekat pasar, saja tengok seluar slack bundle cantik lagi brand mahal dan kami beli. Suami kata sedap pakai, tapi bila pakai saja seluar tu pegi kerja, mesti accident…”- Netizen

“Pernah beli selimut bundle dekat pasar pagi. Lepas beli terus cuci tapi malam itu mimpi ngeri ya dan kena kacau. Terus tak pakai dah selimut tu,”- Netizen

“Bundle tak salah, yang salah adalah cara kita tu. Saya beli baju yang dalam plastik dekat kedai baju pun balik basuh dulu baru pakai kerana itu kan aspek kebersihan juga”- Netizen

*Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan pakaian ini dan kebaikan sesuatu yang di dalamnya, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukan pakaian ini dan keburukan sesuatu yang ada di dalamnya..

Baca juga: Suka Berbogel Atau Seksi Masa Tidur? Hati-Hati Jika Berlaku Gangguan Ini…

Sumber: Tiktok @farhan_almustakim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×