Sebuah video di Tiktok yang mempamerkan budaya Malaysia di dalam sebuah bandar di negara China, baru-baru ini berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia.
Pemilik video tersebut @latifahhuang , menunjukkan bandar bernama Quanzhou di Wilayah Fujian yang kaya dengan elemen-elemen budaya Malaysia, khususnya budaya Peranakan.
Baca juga: Anak Mesti Teruja Ronda KL Naik Bas 2 Tingkat Tanpa Atap, Ini Panduan Trip Siang & Malam!
BUDAYA MALAYSIA DI BANDAR QUANZHOU
Latifah Huang yang fasih berbahasa Melayu di dalam video berkenaan, telah membawa penonton untuk bersama-sama menyelusuri bandar tersebut.
Menariknya, Quanzhou mempunyai kaki lima, kuih-muih Melayu, rumah tradisional Melayu dan kedai pakaian baju kebaya yang biasa ditemui di Malaysia, khususnya di negeri Melaka.
Menurut Latifah, bandar Quanzhou merupakan destinasi popular di kalangan rakyat China.
Ramai penduduk di situ yang dahulunya pernah tinggal di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina, ujar Latifah yang mengenakan pakaian tradisional Kebaya Nyonya di dalam video itu.
Selepas kembali ke China, mereka memilih untuk menetap di Quanzhou yang sekaligus menjadikan bandar ini memiliki campuran yang pelbagai antara budaya tempatan dan budaya Asia Tenggara.
Baca juga: Baca Doa Ini Bila Singgah Sekejap Mana-Mana Tempat, Nescaya Selamat!
Komen warga maya berdarah Malaysia
Di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi yang diberikan warga maya ‘berdarah’ Malaysia. Antaranya:
“Saya selalu datang sini kalau rindukan Malaysia…memang vibe macam dekat Malaysia. Makanan pun senang nak cari terutama yang halal.
“Macam dekat Melaka, pakaian pun sama macam baju kebaya Baba Nyonya.
“Wahhh, baju batik kain batik nasi kerabu pun ada.
“Ada vibes Baba Nyonya dekat Melaka.
“Ye lah macam dekat Melaka, cantiknya pakai kebaya Nyonya.
“Kena masuk bucket list ni, menarik!” antara komen-komen yang ditinggalkan di video tersebut.
Baca juga: Elak Maraton Di KLIA! Ini Panduan ‘1st Time’ Naik Kapal Terbang, Ada 10 Proses Sebelum Berlepas
Info lain
Sementara itu, Quanzhou dan Guangzhou merupakan dua bandar yang berbeza. Quanzhou terletak di provinsi Fujian dan menggunakan dialek Hokkien, manakala Guangzhou berada di provinsi Guangdong yang berdialek Cantonese.
Kini video tersebut, yang dimuat naik oleh Latifah telah meraih lebih 530,800 tontonan dan lebih 30,800 tanda suka.
@latifahhuang Amboiii…Satu bandar di China ada banyak elemen Malaysia? #fyp #malaysiatiktok #china #malaysia
Baca juga: Moh Ler Bercuti Di Pulau Pangkor, Ini 5 Tips Mudah Supaya Boleh Datang Tiap-Tiap Tahun!
Sumber: Titkok @latifahhuang
FT Image: Titkok @latifahhuang