Famili

Wow! Wanita Ini Kongsi Tips Bawa 7 Orang Anak Perempuan Travel Luar & Dalam Negara!

18
SHARES
persiapan anak ramai

Persiapan anak ramai buat keluarga besar, sememangnya mengambil masa lebih lama untuk ibu dan ayah menguruskan mereka. Apatah lagi, bawa mereka pergi bercuti di tempat yang jauh, sama ada di dalam negara mahupun ke luar negara.

Malah, persiapan perlu dibuat awal, sebagaimana perkongsian seorang ibu kepada 7 orang puteri ini yang gemar membawa anak-anaknya pergi melancong. Mari ikuti tips persiapan untuk bawa anak-anak bercuti dan idea-idea bernas Puan Shaeriani A Hamat sebagai panduan kepada keluarga lain.

Baca juga: Tips ‘Packing’ Melancong Anak Ramai. Kemas & Teratur, 3 Beg Besar Je!

TIPS ‘TRAVEL’ BAWA ANAK RAMAI BERCUTI JAUH

persiapan anak ramai

Gambar hiasan: Google.

Hari ni mama nak share tips persiapan yang mama buat untuk bawa anak-anak (7 puteri) travel jauh, dalam negara atau oversea. Kali ini trip di Vietnam.

PERSIAPAN ANAK RAMAI BAWA BERCUTI JAUH DALAM & LUAR NEGARA

Inilah tips mama untuk memudahkan perjalanan mama dan papa handle mereka, puteri 7 kami. Tips ‘PERSIAPAN’ untuk bawa anak-anak bercuti:

1. KEMAS 2 HARI SEBELUM BERTOLAK

persiapan anak ramai

Persiapan kena 2 hari sebelum bertolak. Beg baju ‘WAJIB ‘ 1 seorang dan kalau boleh bag sandang untuk mudah perjalanan. Nanti baru ada tanggunjawab bawa barang sendiri.

2. ANAK KEMAS SENDIRI

Anak-anak kena simpan sendiri bila mama baca berdasar ‘SENARAI’ baju, tudung, seluar dan berapa lama akan tinggal dekat sana. Mama akan tentukan color dan jenis baju.

Biasanya mama akan bagi yang ringan kurangkan berat nak pikul. List mama dah buat seminggu awal.

3. ANAK-ANAK MESTI BERKASUT

Semua anak-anak mestilah ‘BERKASUT’ untuk keselamatan dan melancarkan perjalanan sepanjang travel. Banyak pegerakan semasa travel, walaupun anak mama puteri tapi ke sana ke mari juga.

4. PASSPORT DITANDA MENGIKUT SUSUNAN KELAHIRAN

persiapan anak ramai

Semua ‘PASSPORT’ akan ditanda mengikut susunan, ikut kelahiran 1-7 untuk senangkan urusan semasa di airport. Sebab passport papa akan pegang dan bila sampai giliran pengenalan identiti, papa akan bagi ikut numbering. Tak perlu dah buka.

5. KELUAR AWAL DARI RUMAH KE LAPANGAN TERBANG

Keluar awal untuk ke airport sebab anak-anak ramai dan masih kecil. Sampai awal tak apa sebab kita tak tahu apa terjadi dekat tengah jalan.

6. ANAK BAWA TELEFON PINTAR PERLU PAKAI SLING BEG

Semua anak yang bawa telefon pintar perlu memakai sling bag. Kena berhati-hati dan memudahkan benda berharga ada dekat dengan kita baru tak tertinggal.

Mama bagi 1 orang sahaja bawa sebab tak nak diaorang asyik main gadjet semasa dalam hotel. Satu tu pun supaya mama nak berhubung sebab bilik berasingan.

7. BEG BERTANDA NAMA

persiapan anak ramai

Beg mestilah ‘DITANDA’ nama sebab senang untuk mengecam beg masing-masing. Senang untuk anak-anak cari keperluan masing-masing sebab beg kami semua sama tapi keperluan berbeza. Ada yang uzur dan sebagainya.

8. BAWA MAKANAN RINGAN

Bawa makanan ringan seperti biskut, cococrounch dan honeystar serta lain-lain yang ringan untuk keperluan bayi supaya tak ada lapar dalam perjalanan.

Bayi tak tahan lapar dan tak nak dia merengek sebab urusan airport memang lama dan kita tak tahu macam mana tempat orang kan.

9. PESAN ANAK UNTUK TEPATI MASA

Selalu pesan pada anak-anak supaya ‘ TEPATI MASA’ agar boleh selari dengan program travel.  Bagi diaorang tahu masa itu emas, baru lah boleh atur kehidupan sendiri.

10. SET PAKAIAN SAMA UNTUK ANAK-ANAK

Ini yang ‘LAST’ mama suka pakaikan anak-anak baju, tudung, seluar, anak tudung semua ‘SAMA’ sebab senang nak ‘MENGECAM’ anak-anak jika jauh sikit dari kita.

Mereka nama sahaja perempuan tapi sama sahaja macam anak lelaki heheh. Kalau tak travel pon memang selalu sama hahah.

Mama & 7 puteri muslimah.

Sumber: Facebook Shaeriani A Hamat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×