Didik

“Nak Bercuti Ada Syarat!”- Zaquan Adha Siap Bagi Taklimat Dekat 7 Orang Anak, Netizen Terhibur & Puji

10
SHARES
zaquan adha

Ternyata, membawa anak pergi bercuti walaupun seorang sahaja merupakan tugas yang sukar. Kalau seorang pun dah boleh buat huru-hara, bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai 7 orang anak seperti bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan pelakon Ayu Raudhah?

Inilah perkongsian video dari Zaquan Adha yang mencuit hati ramai dan boleh juga dijadikan tips buat anda yang mempunyai ramai anak. Barulah senang nak bawa pergi bercuti!

Baca juga: Peguam Jelas Bekas Isteri Boleh Ambil Caruman KWSP Bekas Suami Sebagai Nafkah, Tak Boleh ‘Lari’!

ZAQUAN ADHA BUAT TAKLIMAT DEKAT 7 ORANG ANAK SEBELUM PERGI BERCUTI, RIUH!

zaquan adha

Foto: Instagram @zaqone_08

Bakal bercuti bersama ahli keluarga yang lain ke Legoland, Zaquan Adha siap bagi taklimat kepada tujuh anaknya bersama isteri, Ayu Raudhah. Untuk pengetahuan semua, Zaquan telah mendirikan rumah tangga bersama Ayu yang juga merupakan pelakon pada 21 Januari 2011 dan pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata.

Anak-anak pasangan ini adalah Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, anak keenam yang tidak didedahkan namanya, 1, dan Muhammad Aisy Al Raees, 6 bulan.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram, bekas pemain berusia 38 tahun itu telah meminta anak-anaknya untuk duduk di meja makan sebelum memulakan acara tersebut. Apa yang mencuit hati ramai adalah anak keenam Zaquan yang tidak duduk diam sebelum taklimat dimulakan sehingga membuatkan bekas pemain itu terpaksa memberikan arahan dengan tegas.

Selepas berjaya mengarahkan anak keenamnya duduk, Zaquan kemudian memulakan taklimat tersebut dan menjelaskan bahawa keluarga mereka akan bercuti ke Legoland, Johor. Menurut Zaquan, mereka akan bercuti ke Legoland bersama ahli keluarga yang lain namun anak-anaknya hanya boleh menyertai percutian itu dengan beberapa syarat.

“Kita akan bercuti ke Legoland, sebab apa? Sebab mak ngah ajak kita pergi Legoland. Tetapi dengan syarat. Sebelum pergi Legoland, kalau perangai semua orang tak elok atau siapa-siapa perangai tak elok, daddy tak bawa,” katanya.

Zaquan kemudian menjelaskan jika ada anak-anaknya yang tidak patuh terhadap arahannya, dia tidak akan membawanya ke percutian tersebut.

“Kalau tak dengar cakap, daddy tak bawa. Kalau nangis-nangis pun tak dibawa,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ADH4 (@zaqone_08)

Menariknya, perkongsian video dari Zaquan bukanlah hanya satu malah 4 episod memberi taklimat kepada anak-anaknya. Malah, ramai dalam kalangan netizen terhibur melihat telatah setiap seorang anaknya seperti anak kedua yang bertindak mencatit ‘minit mesyuarat’ tersebut.

*Perkongsian video taklimat ini diakhiri dengan episod keempat apabila anak-anak pula yang menyatakan syarat buat si ayah iaitu Zaquan tidak dibenarkan untuk main snooker. Pening kepala juga si bapa nak menjawab ya…

Baca juga: Sekali Pandang Ingatkan Bujang, Top 8 ‘Hot Daddy’ Di Malaysia Yang Menjadi Pujaan Ramai

Sumber: Instagram @zaqone_8

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×