Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan pelakon popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin bukan? Bukan sahaja mereka yang terkenal, malah anak Rozita Che Wan bernama Aaaisyah Dhia Rana yang baru masuk usia 10 tahun ini juga menjadi tumpuan ramai.
Biarpun diulit kemewahan, Che Ta dan Zain Saidin tidak lupa mendedahkan realiti sebenar kehidupan yang serba sederhana kepada anaknya. Terbaharu, genap usia 10 tahun pada 1 November lalu, Aaisyah dibawa menjejakkan kaki ke lokasi membeli-belah iaitu pasar terbuka yang beroperasi pada waktu malam iaitu uptown untuk membeli hadiah!
Baca juga: Sekali Pandang Ingatkan Bujang, Top 8 ‘Hot Daddy’ Di Malaysia Yang Menjadi Pujaan Ramai
10 HADIAH HARI JADI ANAK ROZITA CHE WAN SEMUANYA BELI DI UPTOWN
Video yang dimuatnaik dalam Tiktok berdurasi 7 minit menunjukkan Zain Saidi membawa anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana untuk membeli belah di Uptown Kota Damansara bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-10.
Zain atau nama penuhnya Mohamad Zain Mohd Saidin hanya membenarkan Aaisyah membeli 10 jenis item sahaja sempena ulang tahun kelahirannya di sana.
“Kita dah dekat kat Uptown Kota Damansara. Ini kali pertama Aaisyah datang sini dia tak pernah datang. Jadi saya nak tunjuk Aaisyah kat sini ada apa.
“Dia boleh beli 10 benda sebab hari jadi yang ke 10 tahun,” kata Zain.
Nampak tidak kekok dan pandai memilih barang yang diminati, Aaisyah dilihat membeli beberapa barang termasuklah alat solek, kipas mini, topi, baju dan kasut sukan.
“ANAK JUTAWAN PUN RILEKS”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji didikan Zain dan Che Ta yang memilih uptown untuk membeli-belah yang secara tidak langsung dapat membantu jualan peniaga tempatan.
“Anak jutawan pon relax ja shopping kat uptown. Yang kita pula sanggup berhutang untuk pakai barang branded.“- netizen
“Wow uptown jer. Bagus Zain ajar anak bersederhana. Terbaik!”– netizen
“Sempoi anak Che Ta, kat mana-mana pun dia boleh shoping. Ingat pandai ke tempat kayangan jer rupanya tak memilih. Bagus ayah dia ajar anak bersederhana.”– netizen
@zainsaidin23♬ original sound – Zain Saidin
*Semoga Aaisyah membesar dengan jayanya dan terus kekal rendah diri dan manis sentiasa ya!
Baca juga: Janna Nick Menangis, Terkilan Suami Dituduh Banyak ‘Hormon Perempuan’ Jadi Punca Lambat Dapat Anak
Sumber: Tiktok @zainsaidin