Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa selama-lamanya..itulah antara ayat yang sering digunakan untuk menggambarkan kasih sayang yang diberikan oleh mak ayah kita. Seperti perkongsian video yang mendapat 1.2 juta tontonan di laman Tiktok ini apabila ayahnya masih bertenaga membeli barang dapur untuknya walaupun sudah berkahwin!
Sebak pula bila tengok kesungguhan si ayah dalam memastikan anak-anaknya terutama sekali anak perempuan tidak susah walaupun sudah ada suami.
Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!
SIAPA ADA AYAH YANG SUKA BELI BARANG DAPUR UNTUK ANAK WALAUPUN DAH KAHWIN?
Begitu comel dan menyentuh hati apabila melihat kelagat seorang ayah dalam video di akaun Tiktok @fyfa09 yang masih menjalankan tugas sebagai ayah walaupun anaknya sudah berkahwin. Dalam video tersebut, kelihatan bapa bersama adik perempuan wanita itu telah datang ke rumahnya hanya kerana mahu menghantar barang dapur.
Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan dan layanan yang diberikan oleh ayah itu terhadap anak kesayangannya walaupun wanita tersebut telah mendirikan rumah tangga. Masih dilayan bak puteri raja bak kata orang.
Melalui video berkenaan, dapat dilihat bapa wanita itu membawa baldi yang dipenuhi dengan barang basah manakala adiknya membawa barang kering. Sambil tersenyum membawa baldi barangan basah yang dibeli di pasar pagi itu, sudah pasti ada rasa lega kerana memikirkan anaknya tidak perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membeli barang dapur.
Antara barang basah yang dibeli oleh ayah wanita itu adalah udang, ayam, ikan, sotong, daging dan sayuran seperti timun serta kobis. Tidak ketinggalan barang kering seperti sos tiram, telur, garam, minyak, beberapa tin sardin, perencah nasi goreng dan bihun goreng serta dua kampit beras juga dibelikan oleh bapanya itu.
Memang banyak dan boleh dijangka bahawa stok barang yang dibeli oleh si ayah berkenaan buat anak perempuannya itu cukup digunakan untuk sebulan malah lebih!
WAJIB HANTAR SETIAP BULAN, SIAP ‘SELIT’ DUIT
Menerusi ruangan komen, wanita itu menjelaskan bahawa ayahnya memang wajib hantar barang dapur itu setiap bulan tanpa gagal. Tersentuh hati apabila bukan dia sahaja, malah adik-beradiknya yang lain pun dilayan dengan layanan sama walaupun ada juga dalam kalangan mereka yang telah mendirikan rumah tangga. Tidak ketinggalan, ayahnya juga akan ‘selit’ wang belanja sebanyak RM50-RM100 untuk anak-anaknya.
Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.1 juta itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna media sosial tersentuh melihat layanan yang diberikan seorang bapa terhadap anaknya. Malah, ada yang berasa sedih kerana tidak dapat merasakan kasih sayang sedemikian disebabkan bapa mereka telah pergi menghadap Illahi.
“Kita tak tahu masa mudanya, mungkin dia perlu bersusah payah nak dapatkan barang dpur. Bila anknya dah berumah tanngga, dia kembali ingat waktu tu. (Walaupun anknya mungkin mampu je) tapi perasaan seorang “ayah” tak nak anaknya susah.”
“Arwah abah saya pun sama. Tapi pakej dia siap masakkan dan frozenkan bila datang rumah saya dia bawakkan masakan dia. Nanti bila nak makan panaskan sebab saya dah kahwin duduk jauh dengan dia.”
*Tersentuh tengok pakcik kerana teringat arwah ayah pun selalu buat benda yang sama…
@fyfa09 Siapa ada ayah suka beli ke kita walaupun dah jadi isteri🥹, sebaldi dua ayah i mai hantar💓🫂 #dad #fyp #funnyvideos ♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound
Baca juga: Wanita Kongsi 8 Amalan POWER Ibu Yang Anak Wajib Buat, Tak Sangka Petua No. 5 Rahsia Kekal Cantik!
Sumber: Tiktok @fyfa09