Sejak kebelakangan ini, rakyat dalam negara kita ditabur dengan teori ‘childfree’ di mana setiap pasangan yang berkahwin tidak perlu mempunyai anak. Situasi merancang kehamilan ini ada kebaikan dan keburukannya, salah satunya adalah kadar kelahiran di Malaysia menurun!
Namun, ada kajian mengatakan hanya tiga negeri yang masih teguh mencatatkan tahap kelahiran yang berupaya untuk mencukupkan populasi negeri tersebut. Orang negeri manakah yang sangat subur itu?
Baca juga: Wanita Bersalin Kembar Tiga Terkejut, Mak Mentua Minta Serah Anak Seorang Dekat Kakak Ipar
HANYA 3 NEGERI CUKUP KADAR KELAHIRAN DI MALAYSIA, NEGERI ANDA ADA TAK?
Tahukah anda, pada tahun 1980, setiap wanita di Malaysia memiliki 4.9 anak per wanita. Namun, pada tahun 2022, angka ini telah menurun kepada 1.6 anak per wanita sahaja, iatu JAUH di bawah paras penggantian (replacement level) iaitu 2.1.
Menurut kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, hanya Terengganu, Kelantan dan Pahang adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang masih melahirkan bayi yang mencukupi untuk menambah populasi masing-masing di tengah-tengah penurunan pesat dalam kadar kesuburan negara.
Menurut Jabatan Perangkaan lagi, 13 negeri dan wilayah persekutuan mempunyai jumlah kadar kesuburan (TFR) yang telah menurun di bawah paras penggantian 2.1 bayi bagi setiap wanita berumur 15 hingga 49 tahun.
TFR ialah purata bilangan anak yang boleh dilahirkan kepada setiap wanita sepanjang hayatnya, manakala tahap penggantian ialah kadar kesuburan di mana populasi betul-betul menggantikan dirinya dari satu generasi ke generasi seterusnya.
“Hanya Terengganu, Kelantan dan Pahang yang merekodkan TFR melebihi paras penggantian,” kata ketua perangkaan Mohd Uzir Mahidin dalam tayangan video yang mengumumkan trend penduduk Malaysia.
Agak mengejutkan bahawa negeri Pulau Pinang dan Kuala Lumpur adalah yang paling teruk dilanda dengan kadar kesuburan 1.2, diikuti oleh Sabah pada 1.4.
“Sabah mencatatkan penurunan TFR paling cepat, dengan 5.5 kanak-kanak pada 1980 dan 1.4 kanak-kanak pada 2022,” kata Datuk Seri Uzir. Terengganu pula mempunyai kadar kesuburan tertinggi negara pada 2.9, diikuti Kelantan pada 2.7, dan Pahang pada 2.1.
*Syabas buat 3 negeri ini dan diharapkan dapat melahirkan generasi yang berkualiti!
Baca juga: Populasi Malaysia Berkurangan, Seorang Wanita Kena Lahirkan 2-3 Anak Untuk ‘Pulihkan’ Keadaan
Sumber: New Straits Times