Bila bercakap mengenai sifat anak kedua, ramai yang akan berkata hal-hal negatif seperti nakal, kurang bijak dan degil. Tapi, sebenarnya karakter anak kedua ini dilihat sangat unik dan perlu dipandang dari sudut positif juga.
Selepas baca 7 fakta karakter mengenai anak kedua di bawah, mungkin inilah masanya untuk anda khususnya ibu bapa ubah tanggapan bahawa anak kedua sering menjadi pembawa masalah!
Baca juga: 10 Personaliti Anak Lahir Bulan September, Digelar ‘Perfectionist’ & Susah Jatuh Sakit
7 SIFAT ANAK KEDUA, TERKENAL DENGAN KARAKTER LICIK!
1.Kurang bergantung kepada ibu bapa
Ramai yang perasan bahawa karakter anak kedua ini ada kalanga suka menyendiri bukan? Hal ini kerana, mengikut kajian yang dilakukan pada tahun 1998 dengan penglibatan seramai 400 orang pelajar telah membuktikan bahawa anak kedua kurang bergantung kepada ibu bapa dan selesaikan semua masalah sendiri.
Ibu bapa sebenarnya banyak menghabiskan masa dengan anak sulung atau anak bongsu.
2.Suka mengalah dan berlapang dada
Tenyata sifat suka mengalah memang sangat kuat dalam karakter anak nombor dua ini kerana mereka ‘dihimpit’ oleh anak sulung dan anak bongsu. Disebabkan itu, sifat suka mengalah dan berlapang dada sudah sedia terbentuk dalam jiwa anak kedua khususnya dalam pergaulan kerana mereka terbentuk dalam lingkungan sedemikian.
3.Hormon testosteron semakin meningkat bila dewasa
Hormon testosteron biasanya ada pada individu berjantina lelaki. Namun menurut Daily Mail, ada kajian yang dilakukan terhadap anak kedua menunjukkan peningkatan hormon ini seiring dengan meningkatnya usia!
Dengan adanya hormon tersebut menyebabkan ciri-ciri anak kedua menjadi lebih berani, lasak, dan suka menyahut apa jua cabaran dalam hidupnya.
4.Suka bersaing dengan orang lain
Oleh kerana mereka dikenali sebagai mempunyai karakter berani, lasak dan aktif, ciri-ciri anak kedua kelihatan kompetitif, hiperaktif, dan suka menarik perhatian dengan melakukan perkara-perkara diluar jangkaan.
Dalam masa yang sama juga, menurut Psychology Today yang menerbitkan sebuah artikel bertajuk How Firstborns and Secondborns Compare menyatakan bahawa “mindset” semula jadi anak kedua ini berbeza kerana mereka telah dilahirkan ke dunia dengan pesaing (iaitu abang atau kakak mereka).
5.Kreatif, fleksibel dan suka kebebasan
Istilah kreatif, fleksibel dan suka kebebasan di sini bermaksud mereka cenderung untuk merasai semua itu secara sendirian. Hal ini kerana, inilah masanya untuk mereka berimaginasi dan mengembangkan bakat sendiri. Selain daripada itu juga, anak ini bersikap fleksibal iaitu mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.
6.Lebih sensitif dari adik-beradik lain
Mungkin ramai yang tidak tahu, anak kedua terkenal dengan sifatnya yang seorang sensitif sejak kecil. Hal ini kerana, mereka sudah biasa dibiarkan dan kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Oleh itu, mak ayah perlu perhatikan juga apa yang dilakukan oleh anak kedua ini kerana kita tidak mahu hidup mereka suram.
7.Pandai memanipulasi minda
Licik, itulah yang boleh digambarkan dalam karakter anak kedua ini kerana mereka sangat mahir memanipulasi minda. Ada sahaja idea dan “jalan” dalam sesuatu perkara.
Ditambah kecekapan berkomunikasi, anak kedua memang bijak memanfaatkan peluang yang singgah di hadapan mereka. Antara contoh anak kedua yang berjaya adalah seperti Abraham Lincoln, Bill Gates, Donald Trump, Putera Harry, Britney Spears, Jennifer Lopez, dan Kim Kardashian.
*Jadi, jangan cari pasal dengan anak nombor dua ini ya kerana mereka sangat terkenal dengan kelicikan dan ‘putar belit’ tapi, dari segi positif!
Sumber: Wonder Years.com