Sebut sahaja anak Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, sudah semestinya ramai yang kenal dengan Yusuf Iskandar, 8 tahun dan Alisa Aisyah, 5 tahun. Anak kepada pasangan selebriti popular ini sering menjadi tumpuan ramai kerana kecerdikan dan tingkah laku mereka yang sedap mata memandang.
Bukan itu sahaja, telatah mereka yang mencuit hati pun ada seperti dapat berjumpa dengan pemain badminton Malaysia kegemaran, Lee Zi Jia baru-baru ini.
Baca juga: Anak Lelaki Tanya Kenapa Kemaluan ‘Keras’ Waktu Pagi, Ini Jawapan Kena Standby!
ANAK HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN SENTUH HATI NETIZEN, SOPANNYA BASUH PINGGAN!
Terbaharu ada satu perkongsian video memaparkan anak kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sedang membasuh pinggan mangkuk. Video itu direkod sendiri oleh ibu mereka apabila terdengar perbualan yang sangat comel.
Perbualan dua beradik ini bermula apabila Yusuf mengajak adiknya, Alisa untuk mencuci pinggan mangkuk bersama-sama.
“Let’s wash the dishes together. I’m going to do the round plates, I am doing you plate and you are doing my plate.”
Menyentuh hati ramai apabila perbualan Yufus dibalas oleh adiknya “Because I love you” dan dibalas Yusuf “Yeah, me too.”
Malah, mereka berdua menyambung membasuh cawan yang digunakan oleh sesama sendiri. Yang mana telah digunakan oleh Yusuf akan dibasuh oleh Alisa dan begitu juga sebaliknya. Dalam situasi ini, ramai yang memuji didikan Hanis Zalikha terutama sekali untuk anak lelakinya yang dilihat sangat bijak dalam memimpin adik.
Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen memuji telatah dua beradik ini dan berharap dapat mendidik anak sendiri supaya jadi sedemikian. Hal ini kerana, ramai mengatakan bahawa pendekatan dalam didikan yang diamalkan oleh Hanis Zalikha sepatutnya menjadi contoh iaitu menggunakan didikan yang lembut.
Malah, ada yang meminta Hanis untuk menerbitkan sebuah buku panduan untuk ibu bapa di luar sana mempelajari teknik mendidikan anak yang digunakan beliau. Comel bukan?
*Dari kecil sehingga kini kita melihat telatah Yusuf dan Alisa. Pejam celik makin besar mereka dan semoga menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
@haniszalikhaLalu pantas mommy merekod 🥲♬ original sound – JinkyLee.
Baca juga: Ibu Kongsi Teknik Ajar SEMUA Anak Lelaki Rajin Buat Kerja Rumah Seawal Usia 8 Tahun!
Sumber: Tiktok @haniszalikha