Asuh

Rupanya Lebih 120,000 Murid Tahun 1 Dikesan TAK BOLEH Membaca, Menulis & Mengira

268
SHARES
daftar murid tahun 1

Seramai 122,062 murid Tahun 1 sesi persekolahan 2024/2025 dikenal pasti perlu mengikuti program intervensi kerana belum kuasai dan meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Perkara ini dikesan setelah selesai daftar murid Tahun 1 sebelum ini.

Oleh itu, mereka perlu melalui program khas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia supaya tidak tergolong dalam masalah 3M dalam tempoh lama.

Baca juga: Tarikh Baki Cuti Sekolah Di Akhir Tahun 2024, Sempat Lagi Nak Plan Jalan-Jalan Bawa Keluarga Bercuti!

DAFTAR MURID TAHUN 1, RUPANYA ADA YANG TAK TAHU MEMBACA, MENULIS, MENGIRA

daftar murid tahun 1

Foto hiasan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata angka itu mewakili 27.5 peratus daripada keseluruhan 448,113 murid Tahun Satu yang berdaftar di sekolah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM). Beliau berkata, seramai 62,928 daripada keseluruhan murid yang perlu mengikuti program intervensi belum menguasai literasi dan numerasi di tahap penguasaan minimum, iaitu Tahap Penguasaan 1.

Jelas Azman, daripada jumlah tersebut, seramai 62,928 murid belum menguasai kemahiran literasi (menulis & membaca) dan numerasi (mengira), 45,465 murid belum boleh menguasai literasi dan 13,669 belum menguasai numerasi.

Untuk pengetahuan semua, pelajar ini telahpun melalui ujian saringan yang diadakan pada bulan Julai lalu sebelum ditempatkan dalam Program Intervensi berkenaan. Malah, ketiga-tiga kelompok murid itu akan diberikan intervensi berdasarkan tahap penguasaan literasi dan numerasi masing-masing.

“Murid-murid ini akan diletakkan mengikut kumpulan kecil dan mereka kemudian akan diberikan kit atau modul bacaan yang sesuai oleh guru-guru,” kata beliau menurut laporan Berita Harian.

PERLU MASUK PROGRAM INTERVENSI, DINILAI SELAMA 3 BULAN

Sepanjang dalam proses intervensi, setiap murid akan diberi tempoh tiga bulan bagi menguasai kemahiran 3M sebelum penilaian dibuat. Mereka kemudiannya akan ditempatkan di kelas arus perdana selepas menguasai kemahiran literasi dan numerasi.

Walau bagaimanapun, pelajar yang gagal menguasai kemahiran berkenaan akan terus mengikuti program berkenaan sehingga mencapai lebih daripada tahap penguasaan minimum. Sepanjang tempoh tiga bulan, murid hanya akan diajar dengan kemahiran menulis, membaca dan mengira.

Program Intervensi Literasi dan Numerasi itu adalah salah satu daripada empat inisiatif di bawah Program Intervensi Kurikulum. Antara inisiatif lain termasuk susulan semula kurikulum (penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah); pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang mesra ibu bapa dan latihan untuk guru.

TETAP NAIK KE TAHUN SETERUSNYA WALAUPUN BELUM KUASAI 3M

daftar murid tahun 1

Foto: Sinar Harian

Jelas Pengarah Pendidikan lagi, murid program intervensi berkenaan tetap akan beralih ke Tahun Dua sekiranya mereka masih belum menguasai Kemahiran 3M dan mencapai Tahap Penguasaan 1 pada akhir kalendar akademik 2024/2025.

“Dia (murid dalam kumpulan intervensi) tetap naik (ke Tahun Dua) tetapi kita akan memperkukuhkan kumpulan murid ini melalui intervensi berikutnya.

“Sekiranya kalendar akademik sudah beralih, kumpulan murid ini tetap akan beralih ke Tahun Dua, tetapi mereka perlu melalui proses intervensi untuk memperkukuh keupayaan mereka dalam kurikulum.”

Malah, dia menjelaskan KPM komited dalam memastikan intervensi kurikulum ini memberi kesan yang positif kepada murid serta kualiti pendidikan secara keseluruhan.

*Peringatan untuk mak ayah terus cekal melatih anak menguasai 3M ini di rumah sebelum masuk ke alam sekolah ya!

Baca juga: Cikgu Terkejut 90% Pelajar Dapat Kosong Subjek Sejarah, Semua Cita-Cita Nak Jadi ‘Influencer’

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×