Dalam kisah Projek Mimpi kali ini, kami berkongsikan impian seorang ibu yang ingin mempunyai kenderaan bagi menghantar anaknya pergi sekolah. Kisahnya mendapat perhatian apabila setiap hari, dia akan berjalan sejauh 1 kilometer iaitu mengambil masa selama 10 hingga 18 minit untuk sampai ke sekolah anaknya.
Sungguh cekal semangat ibu ini hampir setiap hari mengiringi dan berpimpin tangan bersama anak-anak untuk ke sekolah dengan selamat. Mari kita baca kisah yang dikongsikan oleh Puan Noorliza ini.
Baca juga: #ProjekMimpi: Setiap Hari Bagi 50 Ekor Kucing Jalanan Makanan, Wanita Ini Ada ‘Hajat’ Besar
IMPIAN ADA MOTOSIKAL UNTUK HANTAR ANAK PERGI SEKOLAH
Setiap hari tanpa gagal, si ibu ini akan melaksanakan tanggungjawabnya ke sekolah secara berjalan kaki walaupun diri kurang sihat. Bernama Noorliza Rosli, 31 tahun dan menetap di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dia juga mempunyai tiga orang anak berumur 12 tahun, 8 tahun dan 3 tahun. Impiannya untuk mempunyai sebuah motosikal harap dapat dicapai menerusi Projek Mimpi anjuran Sirap Limau.
Pihak kami bertanya juga adakah pernah Puan Noorliza meminta bantuan kepada jiran-jiran yang mempunyai kenderaan untuk menghantar anak-anaknya. Dia menjawab bahawa agak segan untuk mengganggu jiran-jiran yang bekerja lalu dia mengambil keputusan untuk menghantar sendiri kecuali jika keadaan sangat tidak mengizinkan.
HAMPIR DILANGGAR..
@mysiraplimau Top 10 | Video peserta Projek Mimpi Jangan lupa like and share video ni kalau korang nak Qaseh Rhizqi menjadi pemenang Projek Mimpi! #projekmimpi #siraplimau ♬ original sound – Sirap Limau Official
Namun, pastinya bukan semua perjalanan untuk menghantar anak-anak ke sekolah di pagi hari diiringi oleh gelak tawa dan riang ria. Puan Noorliza turut berkongsikan satu kejadian yang mengerikan pada tahun 2022 iaitu semasa anaknya di Darjah 1, apabila mereka hampir dilanggar sebuah kereta yang dipandu laju. Kejadian yang berlaku jam 6.35 pagi tersebut sempat dielakkan apabila si ibu sempat menarik tangan anaknya ke tepi jalan. Lega!
Oleh itu, dengan mempunyai sebuah motosikal dapat membantu Puan Noorliza untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah dengan lebih selamat. Bukan itu sahaja, perjalanan ke sekolah pun akan jadi lebih cepat dan tidak perlu melalui liku-liku jalan yang terdedah dengan kes ragut.
*Diharapkan semoga segala urusan ibu ini setiap hari dipermudahkan supaya selamat sampai menghantar anak-anak ke sekolah. Jika terpilih sebagai pemenang Projek Mimpi anjuran Sirap Limau, pilih motosikal yang berkualiti okay!
Baca juga: Cara Rawat Kalau Terkena Sengatan Ikan Sembilang & Berbisa, Nampak Pelik Tapi Berkesan!
-Artikel ini adalah hasil temu bual bersama finalis Projek Mimpi anjuran Sirap Limau.-