Asuh

Anak Asyik Tanya Kenapa Tak Ada Gajet Macam Kawan Sekolah, Mak Ayah Jawab Macam Ini..

9
SHARES
screen time anak

Antara tugas sukar menjadi ibu bapa dalam zaman serba teknologi tinggi adalah mengawal screen time anak-anak. Mungkin ada ibu bapa yang tidak membenarkan anak mempunyai gajet sendiri namun sering mendapat persoalan serta perbandingan dengan rakan sekolah.

Mana tidaknya, jika anak seringkali melihat kawan-kawan mempunyai gajet, pasti mereka akan tertanya mengapa diri mereka tidak mempunyai gajet. Jadi, mak ayah boleh ‘standby’ jawapan seperti yang dikongsikan oleh Wawa Shauqi ini.

Baca juga: Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025 Bermula Mac, Ini Jadual Penuh Untuk Rujukan

KAWAL SCREEN TIME ANAK, INI JAWAPAN JIKA MEREKA MINTA GAJET

screen time anak

Cabaran tau, bila nak jawab soalan anak seperti:

“Kenapa kawan Ammar dah ada fon?”
“Kenapa kawan Aqlan boleh je main fon lama-lama kat rumah dia?”

Cabaran nak fahamkan, kenapa orang lain boleh, mereka tak boleh. Saya tak halang pun anak saya guna skrin. Cuma, saya kawal. Sebab saya instantly boleh nampak kesan buruk bila anak-anak mula akrab dengan gajet ni.

Jadi cepat meradang, banyak merengek dan susah nak bersabar. Paling tak seronok, bila bosan je, otak akan fikir gajet. Memang tenang rumah ni bila bagi gajet. Tapi, saya tak larat nak pening hadap effect lepas tu. So far, apa yang saya jawab pada anak, alhamdulillah anak terima dengab baik.

Saya bagitau anak yang ‘jarang guna gajet’ ini, adalah pencapaian yang patut mereka banggakan.

#1 “Mama bangga sebab korang boleh kawal diri dari guna phone. Walaupun ada masa Ammar Aqlan rasa teringin sangat.
Nak tau kenapa anak-anak mama boleh kawal diri? Sebab, otak Ammar dengan Aqlan sihat lagi. Tak shrink sebab banyak guna gajet.”

#2 “Mama bangga dengan anak-anak mama. Bila jarang tengok phone, korang jadi kreatif buat macam-macam. Main kat luar. Confident bila bercakap dengan orang.”

#3 “Ingat tak, uncle (jiran) bagitau ayah yang anak-anak ayah ni bijak & friendly? Antara sebab dia, sebab korang jarang dengan phone. Korang pandai bawa diri berkawan dengan sesiapa je. Walaupun dengan org tua.”

#4 “Bila balik kampung atok, tak ada kawan, korang tak mintak phone. Korang cari kerja nak dibuat. Buat anak-anak jiran jadi kawan. Serius mama proud. So, stay macam ni ok! Screen usage yang mama ayah dah tetapkan ni, dah terbaik dah untuk korang.”

ADA GUIDELINE KENA IKUT…

screen time anak

Alhamdulillah. Mereka terima peraturan dengan baik. Anak saya 7 dan 9 tahun. Screentime hanya Sabtu, Ahad dan 3 jam sahaja 1 hari. Which is kalau ikutkan, 3 jam tu lamalah jugak. Tapi since weekdays takde screentime, kami lebihkan on weekend. Itupun, ada beberapa guideline lain saya letak:

– Sebelum mula main, kemas tempat tidur dan mandi.

– Pilih video yang anak boleh belajar sesuatu.

No violence, disturbing, merepek dan takde manfaat.

– Set masa guna timer sebelum main. Timer berbunyi, mereka berhenti sendiri.

Kalau nak langgar guideline, mereka datang bincang mintak kompromi. TV kalau weekdays, jarang buka. Kalau buka pun, bagi tak lebih 2 jam sebagai reward kalau buat kerja sekolah/ kemas etc. CUMAAAA!! Bila anak tak main gajet ni, kita kena sabar sikit bila rumah berkecah asbab anak melayan kreativiti dan kena rajin duduk bersama mereka. Kami bukanlah parents yang bagus, kami cuma parents yang risau.

Risau anak-anak terbantut sebab skrin. Bercakap dengan manusia pun canggung dan risau mereka advance benda bukan-bukan sebab skrin jugak.

*Jadi, sekali-sekala rumah bersepah sekejap pun tidak mengapalah kan…

Baca juga: Kalau Nak Bedung Bayi Kena Bedung Elok-Elok Supaya Tak Alami ‘Hyp Dysplasia’!

Sumber: Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×