Ibu ayah di luar sana mesti pernah hadapi masalah setiap kali ajar anak makan dine in tanpa menggunakan gajet tetapi mesti gagal. Hal ini kerana mereka sudah dibiasakan dengan gajet sehingga meronta-ronta kalau tak dapat.
Jadi, bagi mengatasi masalah ini dan ingin makan di kedai dengan tenang bersama anak, anda boleh cuba 3 tips berkesan di bawah.
Baca juga: Jangan Sesekali Marah Anak Pada 5 Waktu Ini, Boleh Buat Mereka Jadi Pendendam!
TIPS AJAR ANAK MAKAN DINE IN TANPA GAJET, BERKESAN
1. Parents kena stop kejap screen masa dine-in (sembang dengan anak)
Saya tak suka bila keluar makan di luar dengan keluarga tapi masing-masing sibuk main telefon masing-masing. Sebenarnya, ini akan membuatkan anak juga memerlukan gajet sekiranya berada di luar.
Jadi, kalau nak anak behave masa makan di luar tanpa screentime, cuba sembang atau main sesuatu dengan mereka supaya dia luar mengenai gajet.
2. Bawa mainan/buku
Biasakan bawa benda yang ank boleh main sementara menunggu makanan sampai. Jangan biasakan memberi gajet kerana ini akan membuatkan mereka ketagih.
Antara mainan yang boleh diberikan adalah:
- Kereta mainan
- Alat tulis untuk conteng-conteng
- Spinner pop
Pemilihan mainan nak bawa pun penting juga dan jangan bawa mainan yang anak selalu gunakan di rumah. Kalau dah selalu guna, akan cepat bosan tak bersemangat nak main.
3. Jangan letak anak dalam highchair awal-awal
Tips terakhir ini sangat penting kerana sekiranya anak diletakkan di dalam highchair terlalu awal, ia akan menyebabkan si kecil cepat bosan.
Jadi, ibu ayah boleh bawa anak jalan-jalan terlebih dahulu sementara menunggu makanan dan minuman sampai. Barulah mereka akan tenang dan tidak cepat mengamuk.
Mudah kan? Jangan asyik guna gajet untuk tenangkan anak, bahaya!
Semoga bermanfaat.
Baca juga: 15 Perangai Ibu Ayah Yang Anak Cepat Tiru, Jangan Ambil Ringan Yang No 4 Ini!
Sumber: X Sue Kz 93