Asuh

Jangan Sesekali Marah Anak Pada 5 Waktu Ini, Boleh Buat Mereka Jadi Pendendam!

960
SHARES
MARAH ANAK

Perasan atau tidak setiap kali pergi ke kedai makan, pasti ada situasi di mana anak dimarahi oleh ibu bapa. Wahai ibu ayah di luar sana, jangan marah anak pada 5 waktu ini kerana ia boleh memberikan impak negatif terhadap mereka.

Jangan sesekali mengambil ringan perkara ini dan ubah diri sekiranya pernah marah anak ketika 5 waktu di bawah. Baca penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Anak Degil & Tak Dengar Cakap, Ibu Ayah Amalkan Baca Dua Surah Ini Setiap Pagi

5 WAKTU TAK BOLEH MARAH ANAK, IBU AYAH BACA NI

MARAH ANAK

1. Ketika anak baru bangun tidur

Ketika ini anak masih terpinga-pinga dan tidak sesuai untuk memarahi mereka. Sudah tentunya si kecil juga akan menjadi bingung.

2. Ketika anak hendak ke sekolah

Mood anak hendak ke sekolah sudah tentunya ceria. Jadi, jangan hancurkan emosi mereka kerana boleh mengganggu kosentrasi ketika berada di sekolah.

Mana tahu anak terus merajuk dan tidak mahu ke sekolah kan? Bahaya tu!

3. Ketika ada orang lain bersama anak

Nombor tiga ini paling perlu diambil berat oleh ibu bapa. Jangan sesekali memarahi anak di hadapan orang lain kerana boleh membuatkan mereka malu dan trauma.

Ada baiknya jika menunggu sehingga pulang ke rumah.

4. Ketika anak sedang makan

Seperti mana kita tahu, antara adab semasa makan adalah jangan bergaduh di hadapan rezeki. Tak perlu mengeluarkan kata-kata kesat ketika anak berada di meja makan. Jadikanlah waktu makan waktu yang berkualiti untuk keluarga.

5. Ketika anak hendak tidur

Ketika anak hendak tidur jangan sesekali memarahi mereka kerana ia akan menyebabkan emosi terganggu.

Baca juga: Tak Perlu Marah Tapi Tegas, Confirm 20 Teknik Ini Boleh Ubah Perangai Anak

Sumber: TikTok Nurhanim Fuzi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×