Asuh

Anak Degil & Tak Dengar Cakap, Ibu Ayah Amalkan Baca Dua Surah Ini Setiap Pagi

20
SHARES
DOA LEMBUT HATI

Anak keras kepala, tak dengar cakap dan degil merupakan antara cabaran ibu bapa perlu lalui dalam mendidik mereka. Bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku, anda dinasihatkan untuk mengamalkan doa lembut hati supaya lebih mendengar kata dan tidak degil.

Niatkan di dalam hati semuanya kerana Allah SWT dan insyaAllah setiap doa daripada ibu ayah akan dimakbulkan kelak.

Baca juga: 10 Tanda Ibu Ayah Ada Sifat Suka Banding-Bandingkan Anak, Tanpa Sedar Dah Buat Rupanya

DOA LEMBUT HATI & ANAK DENGAR CAKAP, BACA SETIAP PAGI

DOA LEMBUT HATI

Amalan ini saya terima dari Habib Muhammad Al-Jufri حفظه الله:

1. Ambilkan air lalu dibaca Surah al-Fatihah sehingga pada ayat اهدنا الصراط المستقيم kemudian diulang sebanyak 7 kali/14 kali/21 kali/40 kali atau sebanyak mana yang mungkin.

Setelah baca, tiup di air dan dijadikan minuman. Seeloknya awal pagi, sebelum atau selepas waktu subuh.

Kata Habib: penjagaan anak-anak di akhir zaman ini cukup penting, hatta amalan ini, jika kerap diamalkan InsyaAllah nafsu liar pun akan terkawal dengan izin Allah.

2. Haji Yaacob حفظه الله juga berpesan supaya:

Sebelum tidur bacakan ayat terakhir surah Ali Imran di ubun anak. Ayatnya adalah:

(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ)

InsyaAllah anak tak degil dan dengar cakap.

Begitu juga, kalau ada suami isteri yang keras kepala perangainya, kerja nak marah sahaja boleh juga bacakan ayat di atas. Tiup di ubun semasa tidur atau sebelum tidur. Boleh juga dibuat air minuman.

Anak-anak kita adalah amanah Allah. Jangan biarkan rosak dengan nafsu yang liar. InsyaAllah dengan izinNya semua doa dimakbulkan.

Selamat mencuba dan semoga memberi manfaat kepada pembaca semua.

Baca juga: Bapa Amal 5 Bacaan Doa Ini Setiap Kali Hantar Anak Ke Pengasuh, InsyaAllah Akan ‘Dijaga’…

Sumber: Facebook Abu Abbas Muhd Shahir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×