Fasa bertunang merupakan fasa perkenalan dan persediaan sebelum mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang. Sering kali kita ketika fasa bertunang pelbagai dugaan dan cabaran berlaku sehingga ada yang membenci pasangan masing-masing.
Hal ini sama seperti yang dilalui oleh seorang pengguna media sosial di mana dia mahu membatalkan majlis perkahwinan kerana terlalu benci dengan tunangnya. Perkara ini diulas lebih lanjut oleh Ustaz Adnin di laman TikToknya.
Baca juga: [VIDEO] Suami Pasrah Isteri Meninggal Dunia 2 Hari Selepas Berkahwin…
USTAZ JELAS PUNCA DUGAAN BERTUNANG SAMPAI TAK NAK KAHWIN
Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu, perkara ini terjadi kerana syaitan akan menghiasi maksiat dan menggoda manusia untuk membenci kebaikan seperti membina rumah tangga.
“Contohnya, time couple dia hiasi waktu tu dengan perasaan indah sampai kita rasa seronok, rasa rindu, rasa sayang tapi bila nak kahwin mula gaduh,” ujarnya.
Tambahnya, beliau menasihati anak muda untuk tidak melakukan benda haram sebelum berkahwin dan sekiranya ketika fasa bertunang diduga dengan ujian, tidak salah untuk memutuskannya kerana tidak berdosa.
Walaubagaimanapun, ujian dan rintangan yang datang boleh diselesaikan dengan perbincangan bersama keluarga dan kawan-kawan.
“Jangan buat keputusan ketika kita sedang emosi, baiki niat dan cara supaya kita tidak membuat perkara-perkara yang melampui batas,” katanya.
VIDEO PENUH:
@adninroslan
Sumber: Ustaz Adnin Roslan