Famili

[VIDEO] Suami Pasrah Isteri Meninggal Dunia 2 Hari Selepas Berkahwin…

9
SHARES

Sebuah kisah pilu di media sosial menjadi tular dan menarik perhatian ramai. Ini kerana seorang pengantin lelaki kehilangan isterinya selepas dua hari dinikahi akibat penyakit usus.

Kejadian yang berlaku di Indonesia ini dimua naik oleh rakan kepada pasangan pengantin tersebut di laman TikToknya dan menerima jutaan penonton.

Baca juga: [VIDEO] “Sabar & Kuat…”- Isteri Pertama ‘Bersanding’ Bersama Suami & Isteri Kedua

SUAMI PASRAH ISTERI MENINGGAL DUNIA 2 HARI SELEPAS BERKAHWIN

Menerusi rakaman itu, mereka melangsungkan perkahwinan pada 17 Julai lalu dan pengantin perempuan dijemput Illahi pada 19 Julai.

Arwah pengantin perempuan dikatakan menghidap penyakit gastroesophageal reflux atau GERD. Penyakit tersebut menyebabkan otot yang memisahkan esofagus dan perut menjadi lemah, lapor Wolipop.

Meninjau ke video lain, rakannya menjelaskan pengantin lelaki itu sangat tabah dan kuat meskipun sering berdepan dengan ujian.

@jhankadul

😭

♬ Kamu Dan Kenangan – liriiklagu

“Sejak dahulu lagi, hidupnya penuh ujian. Ibunya meninggal dunia semasa melahirkannya, pada usia 12 tahun, dia kehilangan nenek yang menjaganya dan kini, isterinya maut selepas dua hari bernikah,” jelasnya.

Perkongsian video menyayat hati itu sudah tentunya dibanjiri komen warganet yang turut bersedih dengan pemergian arwah. Si suami juga menghargai semua titipan doa dan mengharapkan semuanya baik-baik sahaja.

Sumber: Wolipop & TikTok Jhankadul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×