Famili

[VIDEO] “Sabar & Kuat…”- Isteri Pertama ‘Bersanding’ Bersama Suami & Isteri Kedua

64
SHARES

Baru-baru ini tular di media sosial Indonesia sebuah klip memaparkan situasi seorang wanita yang didakwa isteri pertama, duduk di atas kerusi pelamin bersama suami dan isteri baharu lelaki berkenaan.

Menerusi video itu, dapat dilihat si isteri duduk di sebelah suaminya sambil tersenyum dan memangku anak mereka yang masih bayi.

Baca juga: [VIDEO] Budak 11 Tahun Tunggang Gajah Ke Sekolah, Keluarga Nak Jimat Minyak Petrol

ISTERI PERTAMA BERSANDING BERSAMA SUAMI & ISTERI KEDUA

Kedua-dua isteri memakai kaun berwarna ungu dan si suami pula duduk di tengah-tengah bersebelahan isteri kedua. Ketiga-tiga mereka tersenyum tanpa menunjukkan sebarang perselisihan faham.

Video yang dimuat naik oleh Lia Azka itu mendapat 6.4 juta tontonan dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri oleh warganet yang memuji tindakan isteri pertama.

Mereka menyifatkan isteri pertama sangat kuat dan tabah meskipun dalam hatinya sangat sedih dan kecewa.

“Isteri tua berada pada majlis perkahwinan suami dengan isteri muda,” demikian menurut keterangan pada hantaran itu.

VIDEO PENUH: 

@lia.sugiandie

sabar dan kuat, insyallah dapat surga 🥰

♬ original sound – Zirashafa – Zirashafa

Sumber: TikTok Lia Azka

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×