Famili

[VIDEO] Budak 11 Tahun Tunggang Gajah Ke Sekolah, Keluarga Nak Jimat Minyak Petrol

91
SHARES

Seorang pelajar darjah lima dari daerah Satuek, Thailand viral di media sosial apabila dia dikatakan datang ke sekolah dengan menunggang seekor gajah untuk menjimatkan kos dan minyak petrol.

Wisanchol Yongram, 38, mengesahkan kepada pemberita bahawa anak perempuannya, Pupae berusia 11 tahun, adalah gadis yang dimuat naik di akaun TikTok @Ole FcThailand menunggang gajah lelaki berusia 25 tahun, bernama Ole, ke sekolah.

Baca juga: [VIDEO] Ibu Goreng Ikan Keli Kesayangan, Budak Lelaki Menangis Tak Nak Makan

BUDAK 11 TAHUN TUNGGANG GAJAH KE SEKOLAH

Selain itu, Encik Wisanchol juga berkata di rumahnya mempunyai empat ekor gajah termasuk Ole, seekor lembu berusia 22 tahun yang diberi nama Wassan dan dua anak lembu, Ngamchok yang berusia empat tahun dan Ngamta berusia dua bulan.

Difahamkan, haiwan itu sebelum ini telah dijadikan haiwan pertunjukan kepada para pelancong di sebuah pusat pertunjukan gajah tetapi disebabkan Covid-19 melanda, mereka terpaksa membawa pulang semua haiwan ini ke Buri Ram.

Menurut Wisanchol, Pupae mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan gajah itu sejak dia kecil lagi. Pupae sering memberi makan dan juga memandikannya malah telah menunggang Oleh sejak dia berusia enam tahun.

Ole bercita-cita untuk menjadi doktor haiwan apabila sudah dewasa untuk menjaga dan merawat gajah kerana hubungan yang baik sejak kecil di antara dia dah Ole.

Dalam pada itu, dia juga menunggang gajah itu ke Sekolah Samrog Piman kira-kira 500 meter dari rumahnya kerana keluarganya sedang cuba berjimat cermat dalam penggunaan bahan api, petrol.

Dia juga mengakui rakan-rakan di sekolah terpegun pada awalnya apabila dia muncul sambil menunggang haiwan tersebut yang mempunyai ketinggian sehingga tiga meter.

VIDEO PENUH:

Sumber: Bangkok Post

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×