Asuh

Ibu Ayah Kena ELAK Didik Anak Dengan 10 Cara Ini, Punca Si Kecil Makin Keras Hati!

16
SHARES
DIDIK ANAK

Cara didik anak memainkan peranan penting kerana jika salah didikan ia akan membuat si kecil keras hati dan degil. Pastikan ibu ayah di luar sana jauhi 10 cara mendidik anak seperti perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya.

Tak semua cara sesuai dan perkara ini perlu dititikberatkan kerana risau akan membuatkan mereka rasa tertekan sehingga melakukan  aktiviti negatif.

Baca juga: 10 Tanda Ibu Ayah Ada Sifat Suka Banding-Bandingkan Anak, Tanpa Sedar Dah Buat Rupanya

JAUHI 10 CARA DIDIK ANAK INI KALAU TAK NAK MEREKA KERAS HATI

DIDIK ANAK

1. Guna kekerasan 

Terlalu keras dalam mendidik. Bengis, kasar dan tidak langsung berlembut ketika bercakap pada anak.

2. Banyak merungut 

Jarang beri solusi atau harapan sebalik asyik merungut setiap kali anak buat kesilapan.

3. Kasar dalam berkata-kata

Kau, aku, tak geti bahasa dan macam-macam lagi perkataan kasar yang kita sendiri akan terasa hati apabila ibu ayah kita cakap pada kita.

4. Kerap menempelak

Suka mengungkit-ungkit kesilapan anak yang lalu dan mencela apa yang telah dia lakukan.

5. Mendera

Penderaan secara fizikal, emosi dan mental. Anak yang kerap rasa tertekan dan rasa tak tenteram juga adalah satu penderaan.

6. Jarang mendengar

Anak yang rasa tidak di dengari oleh ibu ayah akan membentuk emosi terpendam dan unsettle emotion dalam dirinya. Ketika anak mengadu atau meluah, pasang telinga dan dengar betul-betul.

7. Gaslighting

Menafikan apa yang anak rasa dan apa yang anak perlukan. Anak menangis kata lembik, anak suka berkepit di kata rimas dan anak tak boleh berpisah di kata penakut.

8. Stonewalling

Ketika anak panggil untuk tunjuk hasil lukisannya, kita tak pandang. Leka dengan telefon, televisyen atau berborak dengan kawan.

9. Terlalu memaksa 

Biasa terjadi bila kita letak high expectation sangat pada anak. Jangan memaksa anak buat sesuatu yang di luar kemampuannya.

10. Terlalu perfectionist

Tak boleh cacat sikit hasil kerjanya, mesti di suruh buat balik. Tulis A B C senget tak cantik, kena padam buat semula. Cacat sikit tak apa, nama pun proses belajar.

11. Dalam mendidik anak-anak bukan perfect yang kita kejar tapi progress

Kalau sehari anak boleh mahir 1 skil, setahun 365 skil anak kita dapat mahirkan. Percayalah, anak lembut hati kita pun senang hati. Semua orang gembira.

Jadi, jauhilah 11 cara didikan di atas kerana ia akan membuatkan anak keras hati. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Senarai Rancangan Kartun Yang Ada Unsur Negatif, Elak Anak Tengok!

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×