Nur

Ini Sebabnya Kenapa Isteri Kena Minta Izin Suami Dulu Kalau Nak Puasa Ganti

8
SHARES
PUASA GANTI TANPA IZIN

Berpuasa sunat antara amalan yang boleh dilakukan untuk mendekat diri kepada Allah SWT. Walau bagaimanapun, ada segelintir menyatakan bahawa seorang isteri tidak dibenarkan puasa ganti tanpa izin suami.

Sejauh manakah kebenaran kenyataan tersebut? Jangan risau, artikel kali ini kami kongsikan jawapan untuk pembaca SirapLimau di luar sana.

Baca juga: Ramai Yang Dah Buat Tapi Sebenarnya Ini Hukum Telan Air Mani Suami

HUKUM PUASA GANTI TANPA IZIN SUAMI, INI PENJELASANNYA

PUASA GANTI TANPA IZIN

Kewajipan seorang isteri adalah untuk memenuhi hak suami. Jadi, sekiranya isteri ingin mengganti puasa dalam tempoh yang panjang dan suami berada di rumah, anda perlu meminta izin suami terlebih dahulu.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Hammam bin Munabbih R.A, sabda Nabi SAW:

لاَ تَصُمِ الْمَرْأَةُ وَبَعْلُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ

Maksudnya: “Tidak dibenarkan berpuasa bagi seorang wanita (isteri) dan suaminya ada disisinya melainkan dengan keizinannya.” Riwayat Muslim (1026)

Imam al-Nawawi juga ada menyebut di dalam hadis:

هَذَا مَحْمُولٌ عَلَى صَوْمِ التَّطَوُّعِ وَالْمَنْدُوبِ الَّذِي لَيْسَ لَهُ زَمَنٌ مُعَيَّنٌ وَهَذَا النَّهْيُ لِلتَّحْرِيمِ صَرَّحَ بِهِ أَصْحَابُنَا

Maksudnya: “larangan ini bermaksud ke atas puasa sunat (yang memiliki waktu tertentu seperti puasa hari arafah) dan puasa yang disunatkan yang tidak memiliki waktu tertentu, dan larangan ini merupakan larangan yang menunjukkan pengharamannya sebagaimana yang dijelaskan oleh ashab al-Syafi’eyyah.”

Selain itu, seperti yang dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haithami di dalam kitabnya:

وَيَحْرُمُ عَلَى الزَّوْجَةِ أَنْ تَصُومَ تَطَوُّعًا أَوْ قَضَاءً مُوَسَّعًا وَزَوْجُهَا حَاضِرٌ إلَّا بِإِذْنِهِ أَوْ عَلِمَ رِضَاهُ

Maksudnya: “Dan diharamkan ke atas seorang isteri untuk berpuasa sunat atau puasa qadha’ sekiranya tempoh menggantikannya masih berpanjangan dan suaminya datang kepadanya melainkan dengan keizinan suaminya atau dia mengetahui suami meredhainya berpuasa.”

Menurut Imam al-Syirwani, sekiranya seorang isteri berpuasa tanpa meminta keizinan suami, puasanya tetap sah tetapi perbuatan itu haram dan berdosa.

Walau bagaimanapun, jika suami tiada di tempat tinggal maka diharuskan untuk berpuasa.

Kesimpulannya, seorang isteri wajib meminta izin suami apabila hendak melakukan puasa ganti atau sunat sekiranya suami berada di rumah.

Bagi menunjukkan rasa hormat, isteri juga disarankan untuk meminta izin suami sekiranya suami tiada di rumah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Selalu Lewatkan Solat Isyak Sebab Nak Qiyamullail, Ini Hukum Yang Anda Kena Tahu

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×