Nur

Niat Puasa Arafah & Amalan-amalan Sunnah Bulan Zulhijjah

483
SHARES
niat puasa arafah

NIAT PUASA ARAFAH & KELEBIHAN AMALAN BULAN ZULHIJJAH

Beberapa minggu lagi kita bakal menjemput bulan Zulhijjah yang mulia.

Disebabkan penularan wabak Covid-19 yang masih berlaku, ibadah haji perlu ditangguhkan pada tahun ini. Namun, ia bukanlah penghalang bagi kita untuk beribadah dan mengejar keredhaan Allah pada bulan yang mulia ini.

Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk menghidupkan 10 hari pertama bulan Zulhijjah dengan banyak mengingati Allah serta perbanyakkan amal ibadah.

Keistimewaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah turut disebut dalam hadis Nabi S.A.W :

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

Seiring dengan sabda Rasulullah S.A.W, kita sangat digalakkan untuk menghiasi bulan Zulhijjah dengan memperbanyakkan amal ibadat sebagai usaha menghidupkan sunnah di samping merebut pahala di bulan yang mulia ini.

niat puasa arafah

Sumber: Zakat Selangor

Niat Puasa Arafah (9 Zulhijjah)

Hari Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijjah merupakan hari yang sangat digalakkan untuk berpuasa.

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]

Jelaslah di sini bahawa terdapat ganjaran yang begitu besar menanti umat Islam yang taat dan tidak melepaskan peluang untuk berpuasa pada 9 hari tersebut.

PERINGATAN: Tapi awas ya, umat Islam diharamkan berpuasa pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah).

Berikut dikongsikan cara niat Puasa Sunat Arafah untuk rujukan bersama.

niat puasa sunat arafah

Lafaz Niat Puasa Sunat Arafah

نويت صوم عرفة سنة لله تعالى

NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH

“Sahaja aku puasa sunat Arafah, sunnah ke atasku kerana Allah Ta’ala.”

Kelebihan Doa Pada Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Doa merupakan senjata bagi muslim dan merupakan cara kita sebagai hamba yang lemah untuk meletakkan sepenuh pengharapan kepada-Nya. Hari Arafah juga merupakan hari yang disarankan untuk kita memohon hajat dan berdoa sebanyak mungkin.

Sesuai dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W, Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]

Maka, perbanyakkanlah berdoa pada Hari Arafah yang cukup istimewa ini.

kelebihan niat puasa arafah

Sumber: Kisah Zakat Malaysia

Amalan-Amalan Lain Yang Disunatkan Pada Bulan Zulhijjah

Begitu besar kelebihan yang terdapat dalam 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Dari Ibnu Hibban, Rasulullah bersabda :
أفضلُ أيامِ الدنيا أيامُ العشرِ قالوا يا رسولَ اللهِ ولا مِثلُهُنَّ في سبيلِ اللهِ قال ولا مِثلُهُنَّ في سبيلِ اللهِ إلا مَن عفَّر وجهَه في الترابِ

Maksudnya: “Sebaik-baik hari di dunia ialah 10 hari (bulan Zulhijjah). Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, jihad di jalan Allah dalam tempoh yang sama pun tidak dapat menyamainya? Baginda menjawab, “jihad di jalan Allah dalam tempoh yang sama pun tidak dapat menyamainya melainkan sesiapa yang wajahnya dilumuri dengan tanah (mati syahid).”

Riwayat Ibnu Hibban (3853) dan al-Bazzar (1128)

Fadhilat yang terkandung pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini begitu besar melebihi pahala berjihad di jalan Allah. Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk mengisi 10 hari ini dengan amal ibadah bagi mendapat keredhaan dan ganjaran pahala dari Allah S.W.T.

1. Banyakkan Berzikir kepada Allah

Antara amalan lain yang sangat dituntut pada 10 hari pertama Zulhijjah ialah berzikir kepada Allah.
Rasulullah S.A.W bersabda,

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ وَلاَ أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

“Tidaklah ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan amal shalih yang lebih dicintai Allah ta’ala daripada sepuluh hari pertama Dzulhijjah, maka perbanyaklah ucapan tahlil, takbir dan tahmid.” [HR. Ahmad no. 6154 dari Ibnu Umar radhiyallahu’anhuma, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Syu’aib Al-Anauth]

Memuji Allah dengan berzikir merupakan satu bentuk amalan dan cara bagi kita untuk mengingati Allah.

Menerusi hadis ini, adalah digalakkan untuk kita perbanyakkanlah ucapan tahlil, takbir dan tahmid kepada Allah khususnya pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Kredit Foto : mstar.com.my

2. Ibadah Korban

Ibadah korban adalah amalan yang cukup sinonim dengan bulan Zulhijjah. Ia merupakan ibadah agung yang dilakukan bagi memperingati peristiwa Nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Ia juga merupakan amalan yang dapat menyucikan jiwa seseorang. Sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban). – [HR Tirmizi 1493].

3. Mengingati Allah

Tujuan hidup kita di dunia ini tidak lain hanyalah bagi beribadah kepada Allah.

Khususnya pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah yang istimewa bagi Allah, marilah kita mengejar pahala dengan perbanyakkan amalan soleh serta mengingati Allah.

Ibadah lain seperti bersedekah, perbanyakkan solat sunat, dan membaca Al-Quran merupakan amalan lain yang baik untuk disertakan sepanjang 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini.

hari arafah

Foto Kredit: Wikipedia.com

Seperti bulan-bulan istimewa lain, bulan Zulhijjah juga datang hanya setahun sekali. Fadhilat khas yang terdapat pada 10 hari pertama bulan tersebut sangatlah besar dan amatlah rugi jika tidak diiringi dengan amal ibadah.

Kita disarankan untuk banyak mengingati Allah dengan berzikir serta perbanyakkan amalan lain seperti berpuasa, bersedekah dan membaca Al-Quran.

Semoga usaha kita mendekatkan diri kepada Allah akan dibalas dengan ganjaran pahala serta keredhaan daripada Allah.

Sumber rujukan :

 

 

 

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×