Nur

Dahsyatnya! Ini 7 Kelebihan Hari Arafah (9 Zulhijjah) Yang Patut Kita Rebut

3.4K
SHARES
hari arafah

Boleh dibayangkan ketika ini tentunya Kota Mekah semakin padat dengan bakal-bakal haji kerana tidak lama lagi mereka bakal berhimpun di Padang Arafah bagi melakukan ibadah wukuf.

7 Keistimewaan Hari Arafah Yang Sangat Hebat

Seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini, bulan Zulhijjah merupakan antara bulan yang paling istimewa bagi umat Islam. Terdapat banyak kelebihan padanya yang tidak dijumpai pada bulan lain.

Salah satu daripadanya adalah Hari Arafah, iaitu yang disambut pada setiap 9 Zulhijjah setiap tahun. Berikut adalah keistimewaan Hari Arafah yang patut kita tahu agar sama-sama dapat lebih menghayati serta sama-sama memanfaatkan tawaran yang telah dijanjikan Allah.

1. Sebahagian Daripada Rukun Haji

Pentingnya Hari Arafah adalah ia merupakan sebahagian daripada Rukun Haji.

Ibadah ini juga sangat signifikan dan adalah puncak berkumpulnya seluruh jutaan jemaah Haji dari segenap pelosok dunia.

Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:

الحَجُّ عَرَفَةُ

Maksudnya: “Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)]

Umrah dan Haji di Tanah Suci Makkah

2. Hari Kesempurnaan Agama

Di Arafah inilah Rasulullah telah menyampaikan khutbah wada’ atau khutbah perpisahan. Ia digelar ‘perpisahan’ kerana tidak lama setelah menyampaikan khutbah tersebut, Baginda pun wafat.

Pada ketika itu, telah turunnya surah al-Maa’idah ayat ke-3 sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Rasulullah SAW:

اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا

Maksudnya: “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” [Al-Maa’idah: Ayat 3]

Foto Kredit: islamicdesktop.net

3. Hari Arafah Adalah Hari Raya Buat Umat Islam

Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَوْمُ عَرَفَةَ، وَيَوْمُ النَّحْرِ، وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَهِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”. [Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]

cara solat sunat gerhana matahari

Foto Kredit: sundaymail.co.zw

4. Hari Arafah Adalah Hari Penyaksian

Hari Arafah turut digelar sebagai hari penyaksian kerana pada hari tersebut, Allah mengambil perjanjian setia daripada zuriat Nabi Adam sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia di Arafah daripada zuriat yang berada dalam tulang belakang Nabi Adam, dan mengeluarkan zuriat itu dihadapannya seperti biji-bijian, kemudian Allah berkata kepada mereka dengan firmanNya, “Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab : Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi”, yang demikian itu supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak : “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.” [Riwayat Ahmad]

waktu mustajab berdoa

Foto Kredit: dream.co.id

5. Kedahsyatan Doa Pada Hari Arafah

Arafah dikenali sebagai tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa. Menurut sumber, ada juga pendapat lain mengaitkan wukuf dengan wahyu yang diterima Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]

Foto Kredit : pinterest.com

6. Ganjaran Puasa Arafah

Berpuasa pada Hari Arafah adalah sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji. Ia adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan kerana ganjaran puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]

anak berpuasa

Foto Kredit: 123rf.com

7. Hari Keampunan

Ambillah peluang untuk bertaubat dan memohon ampun sebanyak-banyaknya kerana Hari Arafah adalah hari pelepasan dari api neraka. Pada hari ini, keampunan dari Allah terbuka luas.

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”. [Riwayat Muslim (2402)]

Selain itu, ibadah wukuf di padang Arafah simbolik dengan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah terpedaya dengan tipu daya Iblis. Mereka memohon ampun daripada Allah selama bertahun-tahun dan akhirnya berjumpa semula di Jabar Rahmah selepas 40 tahun terpisah.

kelebihan hari arafah

Foto Kredit: islamweb.com

Rebutlah Peluang Memperbanyakkan Ibadah

Wah, memang begitu banyak kelebihan Hari Arafah yang disambut setiap 9 Zulhijjah ini, iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha.

Jadi, setkan dalam reminder handphone anda dan rebutlah kesempatan ini agar kita tak terlepas untuk memperbanyakkan amalan pada hari tersebut.

Mudah-mudahan Allah memberi kita kekuatan dan kemudahan agar dapat melaksanakan amalan dengan tekun dan istiqamah.

 

*Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan, Utusan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×