Nur

Bukan Ramadhan Saja Pesta Ibadah, Ini 5 Kelebihan Bulan Zulhijjah Yang Ramai Tak Tahu

160
SHARES
kelebihan zulhijjah

Semua orang Islam cukup maklum dengan kelebihan bulan Ramadhan. Ia adalah bulan yang mulia, bulan diturunkan Al-Quran, dilipatgandakan kebaikan, serta bulan terselitnya Lailatul Qadar. Di samping menunaikan ibadah puasa, banyak lagi amalan yang menjadi kelaziman di bulan Ramadhan seperti bertadarus, qiamullail dan bertarawih.

Namun mungkin ramai tak tahu bahawa bulan Zulhijjah juga memiliki pelbagai keistimewaan. Mari kita kupas beberapa kelebihannya.

5 Kelebihan Bulan Zulhijjah Yang Patut Kita Tahu

Zulhijjah adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati dalam Islam. Seperti juga Ramadhan, bulan ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang patut kita tahu agar menjadi motivasi untuk kita meningkatkan ibadah.

1. Kehebatan 10 Hari Pertama Zulhijjah

Keistimewaan bulan Zulhijjah yang paling dahsyat terletak pada 10 hari terawal Zulhijjah. Ia dikatakan 10 hari yang paling disukai oleh Allah untuk kita melakukan amal soleh.

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memaksudkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

(Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757))

Malam Lailatul Qadar

Foto Kredit: arizona.edu

2. Allah Bersumpah Dengannya

Firman Allah dalam Surah al-Fajr ayat 1-2:

وَالْفَجْرِ (1) وَلَيَالٍ عَشْرٍ (2)
Maksudnya: Demi waktu fajar. Dan (demi) malam-malam yang sepuluh

Menurut Ibn ‘Abbas, Abdullah bin al-Zubair, Mujahid dan ramai kalangan ulama salaf dan khalaf bahawa yang dimaksudkan dengan sepuluh malam dalam di ayat ialah sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah.

Menurut Dr Maza, apabila Allah sendiri yang bersumpah dengan sepuluh hari tersebut, pasti ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Masjid Sheikh Zayed pada waktu malam

3. Himpunan Segala Ibadah Utama

Uniknya bulan Zulhijjah berbanding bulan-bulan lain adalah terdapatnya amal ibadah yang besar iaitu solat, puasa, sedekah, dan haji secara serentak.

Kita juga dianjurkan supaya berpuasa sunat Zulhijjah iaitu dari 1 hingga 9 haribulan, terutama pada hari Arafah iaitu hari kesembilan bulan Zulhijjah.

puasa di bulan ramadhan

Foto Kredit: buffalonews.com

4. Hari Arafah

Arafah adalah nama salah satu tempat berwukuf dan ditetapkan oleh syariat Islam sebagai salah satu daripada rukun haji. Dalam bulan Zulhijjah inilah terletaknya Hari Arafah yang merupakan hari kemuncak bagi ibadah haji, di mana ia juga digelar hari keampunan segala dosa.

Sabda Rasulullah SAW: “Hari yang Allah SWT memerdekakan paling ramai hambaNya daripada api neraka ialah hari Arafah, dan sesungguhnya rahmat dan anugerah Allah mendekati mereka, kemudian Allah melahirkan kebanggaanNya kepada para malaikat dengan ramainya mereka yang berwukuf di Arafah lalu berfirman, “Apakah yang mereka kehendaki?”

Dalam riwayat yang lain pula Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah taala melahirkan kebanggaanNya kepada para malaikatNya pada waktu petang hari Arafah dengan ramainya ahli Arafah, lantas berfirman, lihatlah kamu kepada hamba-hambaKu yang telah datang kepada Ku dengan keadaan kusut masai, dan berdebu.”

(Riwayat Muslim)

waktu mustajab berdoa

Foto Kredit: dream.co.id

5. Ibadah Korban

Kita juga sedia maklum bahawa ibadah korban haiwan ternakan hanya terdapat pada bulan Zulhijjah. Ia merupakan ibadah mulia simbolik dengan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim yang akhirnya ditukarkan kepada seekor kibas dengan izin Allah.

Ibadah korban ini mendidik umat supaya sanggup mengorbankan sebahagian hartanya kerana Allah. Malah, jika diambil iktibar daripada peristiwa Nabi Ibrahim, anaknya turut dikorbankan atas rasa taat kepada perintah Allah.

Di samping itu, dapatlah juga kita berkongsi rasa terhadap kesukaran hidup sebahagian golongan masyarakat dan kekayaan dalam mendapatkan kemewahan hidup.

aqiqah untuk bayi

Foto Kredit: kemahiran.kbs.gov.my

Rebut Peluang Memperbanyakkan Amalan

Dengan pelbagai keistimewaan ini, sebab itulah kita dianjurkan supaya memperbanyakkan amal soleh dan bertaubat kepada Allah.

Jadi, rebutlah peluang membaca Al-Quran, istighfar, berzikir, bertahmid dan bertahlil terutamanya pada 10 hari terawal Zulhijjah. Kita juga digalakkan untuk melaungkan takbir raya bermula subuh hari 9 Zulhijjah hingga berakhirnya hari Tasyriq pada 13 Zulhijjah.

Sabda Nabi Muhammad SAW,

Tiada suatu haripun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya menyamai kelebihan sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid.”

(Riwayat Imam Ahmad)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×