Nur

Kelebihan & Niat Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah) Jom Rebut Peluang Keemasan Ini

7
SHARES
HARI ARAFAH

Setiap tahun pasti seluruh umat Islam menanti ‘ketibaan’ 9 Zulhijjah kerana pada hari Arafah tersebut pintu langit terbuka luas dan dosa juga diampunkan.

Selain memperbanyakkan doa, antara amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari tersebut adalah berpuasa.

Baca juga: “Razzaq Ohh Razzaq…”- Rupanya Tak Semua Nama Allah Boleh Dijadikan Nama Anak

 NIAT PUASA HARI ARAFAH, RUGI KALAU TERLEPAS

HARI ARAFAH

Daripada Abi Qatadah r.a., Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.” (HR Muslim, hadis sahih)

Bagi orang yang tidak berpeluang menunaikan haji, anda disunatkan untuk berpuasa pada hari Arafah. Manakala bagi para jemaah Haji, tidak disunatkan untuk berpuasa pada hari tersebut.

Lafaz niat puasa arafah:

نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa Arafah, sunat kerana Allah ta’ala.”

Berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun selepasnya.” Riwayat Muslim (1162)

Imam al-Nawawi juga menjelaskan makna hadis di atas dosa-dosa orang yang berpuasa pada hari Arafah akan diampunkan untuk dua tahun.

Menurut para ulama, dosa yang dimaksudkan adalah dosa kecil. Sekiranya mereka yang berpuasa itu tidak mempunyai dosa-dosa kecil maka akan diberikan keringanan bagi dosa-dosa besar. Jika tiada dosa-dosa besar maka akan diangkat darjatnya.

Baca juga: Selalu Lewatkan Solat Isyak Sebab Nak Qiyamullail, Ini Hukum Yang Anda Kena Tahu

HARI ARAFAH

Selain itu, anda tetap boleh berpuasa pada hari Arafah sekiranya tidak berpuasa lapan hari sebelum hari Arafah. Ini kerana hadis yang diriwayatkan berkenaan kelebihan berpuasa pada hari tersebut tidak mensyaratkan agar berpuasa pada hari yang sebelumnya.

Hadis ini diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.Anha:

‌مَا ‌رَأَيْتُ ‌رَسُولَ ‌اللَّهِ ‌صَلَّى ‌اللهُ ‌عَلَيْهِ ‌وَسَلَّمَ ‌صَائِمًا ‌فِي ‌الْعَشْرِ ‌قَطُّ

Maksudnya: “Aku tidak melihat Rasulullah SAW berpuasa pada sepuluh hari Zulhijah.” Riwayat Muslim (1176)

KELEBIHAN YANG ANDA KENA TAHU

Antara kelebih hari Arafah adalah:

  1. Hari Arafah adalah rukun daripada haji.
  2. Hari Arafah adalah hari di mana agama ini telah sempurna.
  3. Hari raya buat umat Islam.
  4. Hari Penyaksian.
  5. Kebesaran berdoa di hari Arafah.
  6. Puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
  7. Hari keampunan dan pelepasan dari api neraka.

Rebutlah peluang dan kesempatan ini agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ini Sebabnya Kenapa Isteri Kena Minta Izin Suami Dulu Kalau Nak Puasa Ganti

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Ustazah Asma Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×