Nur

“Razzaq Ohh Razzaq…”- Rupanya Tak Semua Nama Allah Boleh Dijadikan Nama Anak

15
SHARES
nama anak

Tanggungjawab ibu bapa adalah untuk memberi nama anak yang baik kepada mereka kerana itu merupakan sunah Rasulullah SAW yang sangat dituntut. Nama yang indah dikatakan akan melambangkan keperibadian seseorang itu sepanjang hayatnya.

Jadi, sudah tentunya ada segelintir yang memilih nama-nama Allah SWT sebagai nama anak. Namun, tahukah anda terdapat beberapa nama Allah SWT yang tak boleh digunakan untuk anak seperti penjelasan di bawah.

Baca juga: Hukum Pegang Al-Quran Ketika Haid Walaupun Berlapik Kain, Ini Jawapannya!

HUKUM BAGI NAMA ANAK MENGGUNAKAN NAMA ALLAH

nama anak

Nama-nama Allah terbahagi kepada dua iaitu ada yang boleh digunakan untuk dijadikan nama dan ad yang tidak boleh dijadikan nama anak.

Sebagai contoh, anda tidak boleh menamakan anak sebagai al-Khaliq kerana ia hanya khusus untuk Allah SWT sahaja. Al-Khaliq membawa maksud pencipta.

Walau bagaimanapun,  nama-nama seperti Hakim (حكيم), Basir (بصير), Ali (علي) dan seumpamanya boleh digunakan kerana maknanya juga dimiliki oleh makhluk.

Ada juga para sahabat yang memiliki nama seperti ini iaitu Ali bin Abi Talib dan Hakim bin Hizam R.Anhuma. Jadi, tidak mengapa menggunakan nama-nama seperti ini.

Allah SWT turut menyifatkan kepada sebahagian makhluk-Nya dengan nama seperti itu. Antaranya sepertimana firman-Nya:

فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

Maksudnya: “Oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.” Surah al-Insan (2)

CONTOH SENARAI NAMA YANG SESUAI

Nama-nama tersebut turut disebut oleh Allah SWT kepada makhluk-Nya. Antaranya seperti dalam firman-Nya:

قَالَتِ امْرَأَتُ الْعَزِيزِ..

Maksudnya: “Isteri Al-Aziz pun berkata..” Surah Yusuf (51)

Menurut Syeikh Zakaria al-Ansari, hukum menggunakan nama-nama yang tidak menjadi kekhususan kepada Allah SWT adalah diharuskan.

“Harus menamakan dengan nama-nama Allah SWT yang tidak dikhususkan dengannya (kepada Allah). Nama-nama yang terkhusus kepada Allah SWT sahaja, hukumnya haram.”

Beberapa contoh nama Allah seperti al-Ahad, al-Somad, al-Khaliq, al-Razzaq dilarang digunakan kepada makhluk kerana ia khusus pada Allah SWT sahaja.

Kesimpulannya, menggunakan nama yang dikhususkan untuk Allah SWT sebagai nama anak adalah dilarang. Manakala diharuskan untuk menggunakan nama yang tidak terkhusus bagi Allah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ini Sebabnya Kenapa Isteri Kena Minta Izin Suami Dulu Kalau Nak Puasa Ganti

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan &  Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×