Nur

Hukum Pegang Al-Quran Ketika Haid Walaupun Berlapik Kain, Ini Jawapannya!

49
SHARES
HUKUM PEGANG AL QURAN

Ketika wanita haid, ada beberapa perkara haram untuk dilakukan iaitu solat, puasa dan lain-lain. Timbul pula persoalan mengenai hukum pegang al quran ketika period walaupun berlapik. Boleh atau tidak?

Penjelasan di bawah ini diharapkan boleh menjawab persoalan anda semua dan tidak mengambil ringan tentang perkara ini. Jom baca!

Baca juga: Hukum Suami Melihat Faraj Isteri Sebelum Bersama, Orang Berkahwin Wajib Tahu!

HUKUM PEGANG AL QURAN KETIKA PERIOD WALAUPUN BERLAPIK

HUKUM PEGANG AL QURAN

Wanita yang mengalami hadas haid mahupun nifas, haram memegang dan membawa al-Quran berdasarkan dalil-dalil berikut:

Firman Allah SWT:

(٧٩) فِي كِتَابٍ مَّكْنُونٍ (٧٨) لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ

Maksudnya: “Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, (78) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci (79).” Surah al-Waqiah (78-79)

Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar:

لا يمسُّ القرآنَ إلَّا طاهرٌ

Maksudnya: “Tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci” Riwayat al-Tabarani.

Hukum seorang wanita memegang mushaf secara berlapik adalah haram berdasarkan pandangan fuqaha mazhab Syafi’i:

مَسُّ الْمُصْحَف حَتَّى حَوَاشِيهِ وَمَا بَيْنَ سُطُورِهِ وَالْوَرَقِ الْبَيَاضِ بَيْنَهُ وَبَيْنَ جِلْدِهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ الْمُتَّصِلِ بِهِ، وَيَحْرُمُ الْمَسُّ وَلَوْ بِحَائِلٍ، وَلَوْ كَانَ ثَخِينًا

Maksudnya: “(Haram wanita haid memegang mushaf) walaupun pada tulisan nota kaki, antara garisannya, kertas putih diantaranya, jilid awal dan akhir yang bersambung dengan mushaf. Haram juga menyentuh mushaf walaupun dengan lapik yang tebal.”

Jadi, dapat disimpulkan bahawa al-Quran merupkan kitab suci dan individu yang mengalami hadas dilarang sama sekali membawa atau memegang walaupun berlapik dengan kain.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Baru Nak Mula Solat Nampak Jerawat Keluar Nanah & Berdarah, Boleh Ke Teruskan Solat?

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×