Sihat

Wanita Kena Tahu Petua Hilangkan Keputihan Tanpa Guna Ubat, Penting!

25
SHARES
PETUA HILANGKAN KEPUTIHAN

“Hmm, apa petua hilangkan keputihan paling berkesan ya..”

Keputihan boleh berlaku kepada semua wanita tidak kira sudah berkahwin atau belum. Ini akan menyebabkan faraj gatal, berbau dan tidak selesa untuk melakukan tugas harian.

Jika ada mengalami masalah ini, berikut penulis kongsikan petua hilangkan keputihan yang ramai orang terlepas pandang dan ambil mudah.

Baca juga: 3 Cara Periksa Payudara Sendiri Di Rumah, Jangan Lupa Buat Setiap Bulan

PETUA HILANGKAN KEPUTIHAN TANPA GUNA UBAT

PETUA HILANGKAN KEPUTIHAN

1. PAKAI SELUAR DALAM SELESA

Material seperti kapas antara pilihan yang tepat kerana tidak mudah lembap dan cepat kering.

2. SELUAR/SKIRT TIDAK TERLALU KETAT

Pastikan seluar jeans, skirt, seluar dalam, seluar yoga dan lain lain tidak terlalu ketat. Ini akan membuatkan suhu badan meningkat dan bahagian sulit wanita lembap sehingga menyebabkan jangkitan yis.

3. JANGAN DOUCHING/MERUANG

Douching bermaksud membersihkan faraj menggunakan cecair yang terdiri daripada campuran pelbagai bahan kimia. Biasanya cecair douching mengandungi air, soda penaik, cuka, pewangi, dan anti septik.

Cecair tersebut dimasukkan di dalam douche iaitu beg dengan hos atau semburan yang berfungsi menyembur cecair pada bahagian wanita.

4. JANGAN PAKAI PAKAIAN BASAH TERLALU LAMA

Sekiranya anda baru selesai bersenam atau berenang, jangan pakai pakaian basah tersebut sehingga kering. Segera tukar pakaian lain untuk mengelakkan jangkitan kuman.

5. JAGA KEBERSIHAN KETIKA DATANG BULAN

Jaga kebersihan ketika haid adalah langkah penting dalam menjaga kesihatan faraj anda. Jangan sesekali memakai pad, tampon atau panty liner terlalu lama.  Ia akan menyebabkan gatal, ruam dan keputihan.

6. JAGA PEMAKANAN

Elakkan senarai makanan di bawah:

  • Tepung dan beras
  • Makanan atau minuman yang ditapai
  • Makanan yang terdiri daripada gula ringkas

Tingkatkan pengambilan protein, lemak yang sihat, buah-buahan dan sayur-sayuran.

7. AMALKAN PROBIOTIK

Pengambilan probiotik boleh membantu mengimbangi bakteria baik dalam badan. Sumber yang baik untuk probiotik adalah:

  • Yogurt dengan kultur bakteria hidup
  • Suplemen yang mengandungi lactobacillus atau acidophilus

PUNCA BOLEH BERLAKU KEPUTIHAN

PETUA HILANGKAN KEPUTIHAN

Antara sebab-sebabnya adalah:

  • Vaginosis bakteria
  • Serviks
  • Chlamydia trachomatis
  • Gonorea
  • Penyakit radang pelvis (PID)
  • Trikomoniasis
  • Vaginitis
  • Jangkitan faraj
  • Kanser serviks
  • Kehamilan
  • Kanser faraj

Dapatkan rawatan doktor sekiranya anda mengalami keputihan yang teruk. Jangan biarkan ia berpanjangan. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Untuk Kaum Wanita, Jangan Pakai Bra Salah Saiz. Kesannya Memang Bahaya!

Sumber: Mayo Clinic, Family Doctor & Intermoutain Healthcare

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×