Cantik

Malu Payudara Kecil Leper, Cuba 5 Senaman Ini Untuk Mantapkan ‘Aset’ Itu!

120
SHARES
SENAMAN BESARKAN PAYUDARA

Setiap wanita memiliki saiz payudara berbeza-beza. Ada yang bersaiz kecil dan besar. Segelintir wanita beranggapan saiz payudara besar lebih kelihatan cantik.

Selain melakukan pembedahan, ini 5 senaman besarkan payudara anda boleh cuba di rumah. Mudah sahaja, tak perlu keluar duit banyak-banyak.

Baca juga: Alamak! Bra Tak Basuh Dah 5 Hari, Boleh Ke Pakai Banyak Kali?

SENAMAN BESARKAN PAYUDARA ANDA BOLEH CUBA

1.  DUMBBELL PULLOVER

senaman besarkan payudara

Baring di atas kerusi dan pegang satu dumbbell dengan dua-dua tangan di atas dada. Perlahan-lahan gerakkan tangan ke belakang sehingga sejauh yang boleh.

Kembali ke posisi asal dan ulang sebanyak 12 hingga 15 kali. Senaman ini boleh memberikan regangan pada bahagian otot.

2. PLANK 

senaman besarkan payudara

Bermula dengan meniarap di atas lantai. Rapatkan kaki dan letakkan tangan di bawah bahu. Kemudian, angkat perlahan-lahan badan ke atas sehingga jari kaki dan lengan tangan sahaja yang bersentuhan dengan lantai.

Tahan posisi ini selama 30 saat dan ulang sebanyak 5 set.

3. PEC DECK FLYES 

senaman besarkan payudara

Sekiranya anda melakukan senaman di gym, mesin pec deck ini memang sesuai digunakan untuk merangsang otot pectorals. Jangan risau, kalau di rumah, anda boleh gunakan botol berisi air dan lakukan seperti senaman menggunakan mesin pec deck.

4. DIP BENCH

senaman besarkan payudara

Untuk semaman ini, duduk di atas kerusi dan pegang depan kerusi dengan kedua-dua jari. Perlahan-lahan ke depan seakan-akan punggung anda terapung di atas kerusi.

Bengkokkan sedikit siku dan turunkan badan. Ulang sebanyak yang mampu.

5. CHEST PRESS

senaman besarkan payudara

Ini adalah senaman paling asas untuk otot dada (pectorals). Ia boleh dilakukan dengan menggunakan dumbbell, barbells dan juga peralatan yang sesuai di gym.

Caranya adalah:

  • Genggam dua dumbbell dan baring di atas kerusi
  • Angkat kedua-dua dumbbell ke atas sehingga bahagian pertengahan dada
  • Pastikan suku menghala keluar, turun dan naik perlahan-lahan
  • Lakukan 8 hingga 12 kali setiap satu set

Selamat mencuba!

*Psss, saiz payudara tidak menentukan kecantikan ya.

Baca juga: Hilangkan Masalah Mata Panda Guna Timun, Betul-Betul Menjadi!

Sumber: Kevin Zahri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×