Cantik

Alamak! Bra Tak Basuh Dah 5 Hari, Boleh Ke Pakai Banyak Kali?

3
SHARES
bra tak basuh

Antara tabiat biasa yang dilakukan oleh kaum wanita adalah memakai bra tak basuh berulang kali. Ini kerana rata-rata berpendapat coli tersebut masih tidak kotor dan selamat untuk digunakan semula.

Walau bagaimanapun, pernahkah anda terfikir sejauh manakah coli tersebut masih bersih dan apa risiko memakai bra tak basuh berulang kali? Untuk menjawab persoalan kaum Hawa di luar sana, kami kongsikan jawapannya di bawah.

Baca juga: 12 Jenis Payudara Wanita Yang Anda Kena Tahu, Tak Sama Tau!

BRA TAK BASUH BOLEH PAKAI BANYAK KALI KE?

bra tak basuh

Baju dalam atau bra tidak perlu dicuci setiap hari. Ini kerana akan menyebabkan coli rosak dan bentuk cup bra berubah. Biasanya bra hanya boleh dipakai selama dua hingga tiga kali sahaja untuk mengelakkan bakteria membiak di kawasan lain.

Selain itu, sekiranya anda gemar bersukan, jangan memakai bra sukan yang sama berulang kali kerana sudah terdedah dengan peluh dan minyak. 

Jangan biasakan diri memakai coli yang kotor kerana akan mendatangkan risiko bahaya seperti:

1. BAKTERIA TERKUMPUL 

Bakteria, kotoran, mikroorganisma, yis dan kulat akan membentuk di cup coli. Pakar dermatologi New York Joshua Zeichner berkata perkara ini secara amnya tidak mendatangkan bahaya tetapi membiarkan coli tidak dibasuh dan dikumpul dengan pakaian lain akan menyebabkan bakteria membiak.

2. COLI MULA BERBAU BUSUK

Tidak kira berapa kali anda menyembur minyak wangi pada waktu pagi, akan tiba satu masa coli mula berbau kerana tidak dibasuh dalam jangka masa yang lama.

3. JERAWAT

Sekiranya anda bersenam dan tidak membasuh bra sukan, ia akan menyebabkan jerawat tumbuh di badan. Jerawat boleh tumbuh di mana-mana sahaja dan jika anda tidak mencuci bra berkemungkinan di kawasa payudara akan tumbuh jerawat.

Cuci bra sukan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali penggunaan untuk mengurangkan kemungkinan bintik merah di kulit. Ingat! Jangan malas untuk mencuci bra sukan.

4. JANGKITAN ATAU RUAM

Pakaian dalam merupakan perkara utama dalam kehidupan yang menyebabkan jangkitan dan ruam kepada kulit. Dr. Zeichner menjelaskan bahawa bakteria dan yis sangat mudah berkumpul di kawasan lembap iaitu bawah payudara.

Jangkitan bakteria akan mengakibatkan tompok merah di kawasan kulit menyebabkan kegatalan. Jangkitan yang serius memerlukan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat.

5. PUTING MELECET

Ini antara risiko paling teruk sekiranya memakai coli tidak dibasuh. Pakar dermatologi berpendapat bahawa pakaian dalam yang lembap boleh menyebabkan puting payudara melecet.

Walaupun risiko perkara ini berlaku agak rendah namun jangan sesekali membiarkan coli dalam keadaan lembap dan memakainya semula.

bra tak basuh

CARA CUCI COLI DENGAN BETUL

Berikut adalah cara mencuci coli dengan betul supaya tahan lama dan tidak rosak:

1. Kencangkan tali sebelum mencuci, supaya tidak tersangkut dengan pakaian lain.

2. Letakkan coli dalam beg dobi berjaring.

3. Untuk mengekalkan bentuk coli, basuh menggunakan air sejuk dan speed mesin basuh paling perlahan.

4. Elak menggunakan pengering pakaian kerana haba dan getaran akan merosakkan dan bra menjadi kendur.

5. Letakkan coli di atas tuala untuk kering, pastikan cup coli diletakkan dalam bentuk semula jadi.

6. Selepas kering, simpan coli dalam keadaan rata supaya tidak mengubah bentuk coli.

Kesimpulannya, sentiasalah menjaga kebersihan diri dan jangan lupa untuk mencuci coli anda!

Sumber: Bustle, Cleveland Clinic & Clining Institute

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×