Sihat

Rahsia Rawat Ekzema Yang Ramai Tak Tahu, Berkait Rapat Rupanya…

51
SHARES
tips rawat ekzema

Penyakit kulit ekzema adalah sejenis keadaan kulit yang menyebabkan kegatalan dan keradangan kulit. Penyakit ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia baik bayi atau dewasa.

Biasanya, ekzema sering dikaitkan dengan pemakanan dan ramai tak tahu sebenarnya ekzema boleh dirawat dengan satu rahsia seperti yang dikongsi oleh Hafiz Sulaiman. Kalau nak tahu tips rawat ekzema tersebut, ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Bukan Setakat Cegah Kanser, Buah Naga Rupanya Boleh Kurangkan Kencing Manis

RUPANYA INI RAHSIA TIPS RAWAT EKZEMA, BARU TAHU!

TIPS RAWAT EKZEMA

Tidur awal malam wajib dijadikan amalan jika nak pulih ekzema. Bila kerap tidur lewat tak ikut fitrah, paras hormon kortisol (stres) akan meningkat. Hormon kortisol jika terlalu tinggi, ia akan mengganggu imun badan dan menyebabkan:

1. Keradangan kronik

Alergi, sakit sendi, angin dan kembung, alah makanan, masalah autoimun dan sebagainya.

2. Jangkitan kuman mudah berulang

Jika ada ekzema, susah sungguh ekzema nak pulih sebab kortisol ialah sejenis hormon steroid yang menyebabkan imun lemah, akibatnya kuman membiak dengan pesat.

3. Pemulihan sel

Detoks selular (autophagy) berlaku pesat pada waktu malam bila kita tidur secara amnya. Bagi orang sensitif macam ekzema, otak perlu rehat juga.

Bila otak dan saraf tak cukup rehat, tahap kesedaran jadi keterlaluan menyebabkan kita mudah sensitif. Kulit jadi lebih rasa gatal, bunyi terasa lebih bising, cahaya jadi silau.

TIPS RAWAT EKZEMA

Tips tidur berkualiti:

1. Ambil protein mencukupi pada waktu pagi. Tryptophan dalam makanan berprotein seperti ayam, telur putih, ikan, susu dan keju yang mampu membina ‘hormon gembira’.

2. Cahaya matahari membantu meningkatkan serotonin dan melatonin. Bila berjemur matahari, tidur jadi lebih nyenyak.

3. Aktif pada waktu siang dengan melakukan senaman kerana dapat membantu penghasilan serotonin dan melatonin. Mengurut juga mampu menghasilkan serotonin dan melatonin.

TIPS RAWAT EKZEMA

4. Tidur awal lepas isyak. Terus tutup lampu bilik, tutup langsir, dan telefon. Biar gelap gelita.

5. Sejukkan bilik boleh membantu tidur lebih nyenyak. Jika tak mampu menggunakan penghawa dingin, cukup dengan menyejukkan badan.

Pemakanan mungkin dah jaga tapi jangan lupa kepentingan tidur kerana itulah yang mengawal hormon dan imun badan. Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Hafiz Sulaiman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×