Sihat

6 Resepi Perapan Dada Ayam Bagus Untuk Diet, Sedap-Sedap Pula Tu!

6
SHARES

Buat lelaki mahupun wanita yang sedang berusaha menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup yang  sihat, pemakanan dada ayam atau chicken breast sangatlah disyorkan. Ini kerana dada ayam tidak mengandungi banyak lemak malah ia juga mengandungi nutrisi baik seperti vitamin dan protein. Namun, dada ayam bukan sekadar menu makanan terbaik untuk menurunkan berat badan.

Satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang guna media sosial yang dikenali sebagai @diaryizzxh mengenai cara perap dada ayam. Tunggu apa lagi jom cuba!

Baca juga: Jadilah ‘Morning Person, Ini 6 Manfaat Yang Diperolehi Bila Bangun Awal Pagi!

CARA PERAPAN DADA AYAM

Bagi resipi ini, hanya menggunakan dada ayam seberat 200 gram tanpa kulit bersamaan 240 kalori dan 45 gram protein. Lalu kelarkan ayam seperti dalam gambar supaya senang untuk diperap.

1. Hot & spicy chicken 

Bahan-bahan:

  1. Serbuk paprika
  2. Serbuk cili
  3. Lada hitam kisar
  4. Serbuk bawang putih
  5. Serbuk garam masala
  6. Garam

Letakkan semua bahan pada dada ayam. Dah siap!

2. Lemon herbs chicken 

Bahan-bahan:

  1. Mixed herbs
  2. Serbuk bawang putih
  3. Serbuk bawang merah
  4. Jus lemon
  5. Garam

Masukkan kesemua bahan tadi ke atas dada ayam. Siap!

3. Honey mustard chicken 

Bahan-bahan:

  1. Serbuk bawang putih
  2. Serbuk paprika
  3. Daun parsley kering
  4. Mustard
  5. Madu
  6. Jus lemon
  7. Garam

Gaul-gaulkan kesemua bahan-bahan di atas dan dah siap.

4. Express chicken 

Bahan-bahan:

  1. Kicap cair kurang masin
  2. Minyak Bijan
  3. Serbuk bawang putih
  4. Serbuk bawang merah
  5. Garam

Cara ini paling senang nak buat, pejam mata dah boleh buat tau. Masukkan kesemua bahan tadi dan gaulkan pada dada ayam. Dah siap!

5. Curry yogurt chicken 

Bahan-bahan:

  1. Yogurt asli
  2. Serbuk kari
  3. Serbuk cili
  4. Serbuk bawang putih
  5. Garam

Masukkan bahan tadi dan gaul sebati pada dada ayam. Siap!

6. Coriander chicken 

Bahan-bahan:

  1. Serbuk paprika
  2. Jus limau nipis
  3. Lada hitam kisar
  4. Serbuk bawang putih
  5. Daum ketumbar segar
  6. Garam

Perapkan dada ayam dengan bahan-bahan di atas.

Setelah selesai membuat perapan dada ayam. Masukkan ia ke dalam beg plastik (zip lock). Lalu boleh masukkan ke dalam peti sejuk.

VIDEO PENUH

@diaryizzxh

Instagram 💕: Diaryizzxh #dietmalaysia #sukusukuseparuh #eatcleanmalaysia #kurus #kaloridefisit #resepi #dietsantai #fyp #turunberatbadan #makanandiet

♬ original sound – Diaryizzxh – Diaryizzxh

Sumber: Tiktok diaryizzxh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×