Apabila selalu bangun awal pagi, pastinya akan timbul perasaan ingin bangun lewat bukan? Biarpun bangun awal pagi agak sukar bagi segelintir orang, akan tetapi jika dilakukan anda akan menikmati kesegaran dan kecergasan minda yang maksimum.
Hal ini kerana waktu pagi adalah waktu yang sangat sesuai untuk anda berfikir, bermeditasi dan mengulangkaji. Fikiran anda juga akan lebih tenang dan kreatif untuk merancang aktiviti seharian.
Baca juga: Tips Luruskan Balik Karpet Yang Terlipat Dengan Guna 3 Bahan Sahaja
6 MANFAAT BANGUN AWAL
1. Meningkatkan sel darah putih
Apabila anda bangun awal pagi dan terus mandi dengan menggunakan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih dalam tubuh badan. Maka daya tahan daripada penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus.
2. Melancarkan peredaran darah
Dengan bangun awal pagi boleh melancarkan peredaran darah. Oleh itu, tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dann bertenaga. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Mengurangkan tekanan dalam diri
Dengan mandi menggunakan air sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring (tidur). Ini adalah salah satu cara untuk anda menghilangkan tekanan yang dialami.
4. Meningkatkan kesuburan

Young couple lying on a bed laughing
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi awal pagi. Hal ini kerana dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
5. Kulit lebih lembut dan halus
Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran hitam pada bawah mata. Bukan itu sahaja, kuku akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Manakala kulit akan jadi lebih lembut dan halus.
6. Mengurangkan risiko darah tinggi
Bagi penghidap penyakit darah tinggi, cara ini merupakan cara yang terbaik untuk anda mengurangkan penyakit anda. Jika diamalkan, penyakit akan pulih.
Sumber: women online magazine