Sihat

Bukan Setakat Cegah Kanser, Buah Naga Rupanya Boleh Kurangkan Kencing Manis

62
SHARES
khasiat buah naga

Pernah atau tidak bila makan buah naga air kencing dan najis menjadi merah seperti mengalami pendarahan? Buah naga yang berwarna merah kaya dengan sejenis pigment dikenali sebagai betalains. Ia merupakan punca mengapa air kencing dan najis anda berwarna merah.

Adakah ia berbahaya? Jawapannya tidak! Seperti nama dan bentuknya yang cukup exotic, buah naga menyimpan 1001 khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan.

Selain melambatkan proses penuaan, khasiat buah naga juga boleh mencegah kanser. Hebat kan?

Baca juga: 3 Jenis Bahan Ini Sesuai Untuk Kanser Ovari, Cuba Amalkan

KHASIAT BUAH NAGA YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG, RUGINYA

khasiat buah naga

1. Melambatkan proses penuaan 

Sesiapa yang sentiasa tampak muda walaupun telah berusia, jawapan mereka pasti kerana pemakanan yang kaya dengan ulam dan buah buahan.

Antioksida boleh membantu anda untuk kekal awet muda, kulit yang anjal dan mulus. Ia bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

2. Mencegah kanser 

Selain daripada vitamin C, buah naga mengandungi karotene yang bertindak sebagai agen anti kanser. Lycopene yang menyebabkan warna merah pada buah ini terbukti boleh mengurangkan risiko kanser kelenjar prostat.

3. Kesihatan jantung 

Ia mengurangkan paras kolesterol ‘jahat’ dan meningkatkan paras kolesterol ‘baik’. Kajian menemui pengambilan buah ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah masalah tekanan darah tinggi.

khasiat buah naga

4. Kencing manis 

Kandungan serat yang tinggi buah naga mampu menstabilkan paras gula. Ia juga boleh mengelakkan peningkatan gula secara mendadak selepas pengambilan makanan manis.

5. Penghadaman

Serat membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh sekaligus mengurangkan risiko sembelit dan masalah penghadaman lain.

6. Meningkatkan Imuniti Tubuh 

Kandungan vitamin dan garam mineral yang tinggi seperti vitamin c, B1, B2, B3, kalsium, phosphorus, zat besi, protin dan niacin membantu untuk meningkatkan paras imuniti tubuh badan.

7. Tulang Sihat 

Kalau tak gemar minum susu untuk mendapatkan sumber kalsium, anda boleh cuba amalkan buah naga kerana kandungan kalsium yang tinggi serta bebas lemak.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom borong buah naga!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×