Asuh

Ini 9 Senarai Makanan Untuk Bantu Anak Capai Ketinggian Optimum

15
SHARES

Umum mengetahui, genetik antara faktor yang mempengaruhi ketinggian seseorang. Namun, anda juga perlu tahu ketinggian seseorang itu bukan sahaja bergantung pada genetik. Hal ini kerana, makanan juga berpotensi untuk mempengaruhinya.

Melalui perkongsian pemakanan yang dibuat oleh Puan Mazliana Mazlan, keperluan mineral dan vitamin yang mencukupi pada setiap hari dapat bantu pertumbuhan badan si kecil termasuklah ketinggian. Justeru itu, mari lihat sembilan senarai makanan di bawah untuk mencapai ketinggian optimum.

Baca juga: Resepi Bone Broth Imuniti Anak Kerap Tak Sihat, Simpan Banyak Stok Di Rumah

SELAIN GENETIK, MAKANAN TURUT PENTING UNTUK KETINGGIAN

Gambar hiasan: Google.com.

Makanan pun penting untuk ketinggian anak. Ramai yang tanya;

“Makanan apa boleh naikkan ketinggian anak?”

Ketinggian anak, bukan saja bergantung pada genetik. Cukup keperluan mineral dan vitamin yang anak ambil setiap hari, mainkan peranan sangat penting untuk pertumbuhan badan anak, termasuk ketinggian.

Jom tengok 9 makanan yang boleh bantu anak capai ketinggian yang optimum untuk umur mereka.

INI 9 JENIS MAKANAN BOLEH BANTU CAPAI KETINGGIAN OPTIMUM SI KECIL

1. IKAN

Omega 3 dalam ikan, penting juga untuk kesihatan tulang dan pertumbuhan tulang anak dengan maksima.

Ikan anak kena ambil kerap berbanding protein yang lain.

2. AYAM

Vitamin B12, antara vitamin utama dalam ayam untuk bantu naikkan ketinggian anak.

Ayam boleh cari tanpa antibiotik dan hormon.

3. TELUR

Superfood yang anak-anak kena suka kan. Banyak sangat vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan badan anak.

Telur pun sama, cari tanpa antibiotik dan hormon.

4. BIJIRAN KEKACANG

Antara sumber protein yang baik untuk anak, tinggi iron dan vitamin B.

Kekacang macam ini buat bubur selalu tau.

5. SAYURAN HIJAU

Vitamin K dalam sayuran hijau penting untuk pertumbuhan tulang anak.

Sayur hijau kena ajar anak suka.

6. YOGURT

Banyak nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan tulang, antaranya kalsium, magnesium, fosforus dan potasium.

Yogurt cari yang asli sebaiknya.

7. BADAM

Padat dengan manganase, magnesium dan vitamin E, penting untuk pertumbuhan tulang anak.

8. PISANG

Ada kandungan pottasium, manganase, kalsium dan vitamin B, bantu naikkan ketinggian anak.

Pisang boleh bagi anak makan ya.

9. KELEDEK

Tinggi vitamin A, bantu perbaiki kesihatan tulang dan optimumkan pertumbuhan tulang anak.

Keledek rebus saja pun sedap kan.

Semua makanan ni, adalah real food kan. Real food memang penting untuk pertumbuhan anak.

Nak dapatkan tulang yang sihat, anak-anak kena selalu ambil makanan sihat. Elakkan makanan tinggi proses yang tak bawa kebaikan pada anak.

Kita cuba sama-sama ya.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×