Asuh

Resepi Bone Broth Imuniti Anak Kerap Tak Sihat, Simpan Banyak Stok Di Rumah

10
SHARES

Terdapat banyak kelebihan ‘bone broth’ atau sup tulang kepada imuniti badan. Ia sesuai dihirup ketika sihat mahupun tidak terutamanya, untuk anak-anak yang kerap tidak sihat.

Stok sup tulang ini kena ada di setiap rumah, sebagaimana perkongsian dari Puan Mazliana Mazlan di Facebooknya. Nasihatnya, apabila diri tidak sihat kerapkan ia diambil. Apabila sihat, sekali seminggu sudah pun memadai.

Baca juga: OT Kongsi 5 Tips Ajar Kemahiran Tulisan Tangan Huruf & Nombor Pada Anak

BONE BROTH SEBAGAI IMUNITI ANAK TAK SIHAT

Stok sup yang kena ada di setiap rumah, kalau anak kerap tak sihat. Sup imuniti dari tulang. Sangat bagus untuk kesihatan anak-anak, tak kisah waktu sihat atau tak sihat.

Bila tak sihat, kerapkan ambil. Bila sihat, seminggu sekali pun dah cukup. Korang try okay. Senang sangat nak buat.

APA ITU BONE BROTH?

Bone broth merupakan sup dari tulang. Boleh gunakan pelbagai jenis tulang haiwan seperti ayam, daging mahupun ikan. Ia adalah bahagian yang bertulang, bukannya bahagian isi.

KHASIAT BONE BROTH

Ia mengandungi padat nutrisi untuk anak yang mudah dihadam usus. Selain itu, dapat mengurangkan keradangan dan memperbaiki usus. Keadaan kesihatan anak juga akan bertambah baik.

Bone broth juga mengandungi tinggi mineral kalsium dan magnesium. Malah, ia baik untuk tulang dan gigi anak.

RESEPI BONE BROTH

Gambar hiasan: Google.com.

BAHAN-BAHAN:

  • Tulang ayam/lembu/kambing/ikan.
  • Sayur-sayuran.
  • Air.
  • Garam.
  • Cuka epal/lemon
  • Periuk stainless steel/slow cooker.

CARA MEMASAK:

1. Pilih salah satu jenis tulang yang dimahukan.

2. Boleh masukkan apa juga jenis sayur. Sebagai contoh bebawang, lobak merah, leek atau celery.

3. Masuk semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk stainless steel bersama air dan garam.

4. Kemudian, tambahkan satu sudu besar cuka epal atau air perahan lemon.

5. Renehkan selama dua hingga tiga jam.

PERHATIAN:

Sebaiknya gunakan periuk stainless steel dan elak dari menggunakan periuk aluminium. Sekiranya, mempunyai slow cooker adalah lebih baik.

Bagi anak yang mempunyai eczema, reneh dalam tempoh satu jam sahaja sudah memadai.

PENYIMPANAN STOK

Gambar hiasan: Google.com.

1. Pastikan sup ditapis dan disimpan dalam chiller kerana ia mampu bertahan selama satu minggu.

2. Boleh juga dibekukan dan simpan di dalam freezer untuk bertahan selama enam bulan.

BILA NAK AMBIL?

Pengambilan bone broth adalah setiap hari sewaktu anak tidak sihat atau kerap tidak sihat. Seminggu dua kali pun boleh untuk menguatkan imuniti, terutama anak yang sudah mula bersekolah.

CARA AMBIL?

Boleh saja macam mana cara sekalipun. Hirup sup begitu sahaja pun boleh. Boleh juga masukkan di dalam sayur atau jadikan kuah bihun sup.

Banyak mana nak ambil pun terpulang, 1 cawan adalah yang ideal.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×