Cantik

6 Tips Untuk Stabilkan Hormon Wanita, Barulah Wajah Berseri-Seri!

14
SHARES

“Stressnya! Hormon tak stabil ni sampai serabut betul muka”

Menjadi seorang wanita pastinya berhadapan dengan pelbagai cabaran. Maklumlah, bila menjadi wanita bekerjaya atau sedang melanjutkan pelajaran pastinya akan ada momen stres dan berhadapan dengan masalah. Jadi, pasti akan ada masa yang tak cukup tidur dan rasa asyik nak moody!

Oleh itu, ini beberapa tips untuk stabilkan hormon wanita yang dicadangkan oleh ‘personal coach’ supaya hidup anda kekal tenang dan berseri-seri wajah.

Baca juga: ‘Boleh Jadi Bapa Yang Baik’- Betul Ke Wanita Lebih Suka Lelaki Berjambang?

TIPS UNTUK STABILKAN HORMON WANITA

1) Cukup tidur & rehat

– Masa kita tidur badan akan recovery (baik pulih sistem) , tidur tak cukup , sistem endokrin (sistem yang kawal hormon) akan terganggu

– Jangan lewat tidur kalau tak ada keperluan

2) Kawal emosi / stress berlebihan

– Terlebih stress akan buatkan badan tinggi hormon Kortisol

– Bila terlalu lama akan bawa masalah-masalah kesihatan yang lain , hypertension, berat badan dan lain-lain.

– Practice breathing (pernafasan) @ tafakkur untuk tenangkan minda

3) Bersukan / bersenam

– Dapat tidur lebih nyenyak

-Dapat buang hormon stress yang berlebihan

4) Diet seimbang & sihat

– No fast food, no msg

– Fokus makanan tinggi vitamin contohnya sayur-sayuran, buah-buahan segar dan ulam-ulaman.

– Air kosong perlu cukup

5) Kurangkan KOPI

– Kafein ni bagus tapi bila TERLEBIH akan stimulate penghasilan hormon

6) Vitamin D

– Senang saja, pagi-pagi bagi body kena cahaya matahari – otak segar badan cergas.

*Tak dapat buat semua, buat mana yang mampu ya, ni untuk kesihatan diri kita sendiri.

Sumber: Twitter @syuhadaamran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×