Sihat

Rupanya Biji Halba Boleh Bantu Masalah Diabetes & Kolesterol, Ini Caranya….

2
SHARES
kebaikan biji halba

Penyakit diabetes dan masalah kolesterol tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Penyakit diabetes sering dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan, cara pemakanan yang tidak dikawal serta tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain mengamalkan gaya hidup sihat, ramai yang tak tahu kebaikan biji halba iaitu boleh membantu masalah diabetes dan menurunkan kolesterol seperti perkongsian Dr Suri Roowi. Boleh amalkan, jom kita baca.

Baca juga: Pakar Kongsi Cara Bancuh Teh Hijau Untuk Turunkan Darah Tinggi, Berkesan!

KEBAIKAN BIJI HALBA YANG RAMAI TAK TAHU, RUGI TAK AMALKAN

kebaikan biji halba

Halba boleh membantu mengatasi masalah diabetes dan menurunkan kolesterol. Bahan berkhasiat utama dalam biji halba adalah 4-hidroksiisoleusin, trigonellin dan diosgenin.

Biji halba juga mengandungi 20 – 30% protein, 45 – 60% karbohidrat (terutamanya galactomannan) dan 5 – 10% lemak. Biji halba membantu menurunkan glukosa darah dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2 terutamanya mild type 2 diabetes.

Pengambilan halba pada kadar 5 g/sehari lebih menampakkan kesan yang nyata. Walau bagaimanapun, jika dimakan bersama makanan berlemak contohnya yoghurt ianya tidak mampu menurunkan kolesterol (LDL) dan trigliserida (TG) darah.

Penggunaan biji halba dalam makanan seperti kari, yoghurt memberikan kesan yang tidak konsisten. Sebaliknya, serbuk halba lebih memberikan kesan apabila dibancuh bersama air panas.

kebaikan biji halba

Kajian juga menunjukkan halba boleh meningkatkan penghasilan susu ibu namun, penggunaan halba tidak disarankan untuk ibu-ibu mengandung kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan keguguran.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×